Berita Terkini

Masa depan Frenkie de Jong di Barcelona masih tidak menentu

Masa-depan-Frenkie-de-Jong-di-Barcelona-masih-tidak-menentu

Masa depan Frenkie de Jong di Barcelona masih tidak menentu dimana Xavi Hernandez sentiasa menganggap pemain itu sebagai pemain utama tetapi ada situasi yang perlu dia hadapi.
Barcelona sentiasa terbuka untuk menjual De Jong pada musim panas ini dimana seperti yang diketahui mereka sudah mencapai kesepakatan dengan Manchester United mengenai harga pemain tersebut.

Menjual De Jong akan memberikan kelonggaran kewangan untuk Barcalona yang masih bergelut dengan krisis kewangan dan nama FDJ sentiasa menjadi pemain teratas dalam senarai penjualan mereka kerana pemain ini sememangnya yang paling berharga ketika ini.

Namun sebaliknya berlaku kerana pemain tengah Belanda itu dilaporkan masih enggan meninggalkan Barca. Xavi Hernandez juga mengatakan satu-satunya masalah dalam kes De Jong adalah situasinya akan mempengaruhi keadaan ekonomi kelab.

“Kami telah mengadakan perbincangan peribadi yang sangat penting, yang saya tidak akan dedahkan di sini. Dia adalah pemain utama, tetapi ada situasi mengenai ekonomi dan Financial Fair Play.

“Saya tidak menghantar mesej kepada sesiapa(mengenai meletakkan pemain itu diluar posisi terbaiknya)”Saya sangat menyukainya sebagai pemain,” katanya.

“Bermain di bek tengah, dia boleh memberi kami banyak pilihan dan dia boleh menyesuaikan diri dengan posisi itu.”Kami mahukan bek tengah yang boleh mengagihkan bola dan dia melakukannya dengan sangat baik.”

Lain-Lain Artikel