Martial tolak tawaran Lyon di hari terakhir pasaran perpindahan untuk bersaing dengan CR7 dan Cavani

0

FE285AEE-0D3B-465D-BDD2-366C292256A3Kehadiran Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani di barisan hadapan Manchester United menjadikan nasib Anthony Martial tidak menentu.

Meskipun begitu pemain dari Perancis itu bertekad untuk memperjuangkan tempatnya di skuad utama.

Manchester United telah menandatangani Ronaldo dari Juventus beberapa hari sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup yang bernilai 15 juta euro ditambah bonus lapan juta euro.

Sebelum Ronaldo tiba, Martial telah bersaing dengan Edinson Cavani untuk memainkan peranan sebagai penyerang utama dalam formasi 4-2-3-1.

Namun Sudah jelas bahawa Ronaldo bukan sekadar hiasan di bangku simpanan. Oleh itu, dengan kedatangannya, Martial dijangka akan lebih banyak berada di bangku simpanan.

Dengan terpaksa bersaing dengan Ronaldo dan Cavani Penyelesaian termudah untuk Martial adalah dengan menyertai kelab lain.

Berita baiknya, seperti yang dilaporkan oleh L’Equipe pemain antarabangsa Perancis itu dikatakan telah mendapat tawaran dari untuk berpindah ke Olympique Lyon.

Lyon berhasrat untuk meminjam Martial selama satu musim pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas.Dalam pada masa yang sama Manchester United juga telah memberi saranan kepada Martial untuk mempertimbangkan tawaran itu.

Namun tawaran Lyon kepada pemain itu seperti bertepuk sebelah tangan apabila ia segera memberikan jawapan penolakan.Pemain berusia 25 tahun itu dikatakan mahu berjuang untuk bersaing dengan pemain seperti Ronaldo dan Cavani.

Sumber:(L’Equipe – melalui Express Sport)

- Advertisement -