Martial sambut baik kehadiran Varane

0

Hari Sabtu yang lepas merupakan hari terbaik bagi pasukan Manchester United pada permulaan musim ini. Raphael Varane telah diberi penghormatan masuk ke Old Trafford untuk memberitahu secara rasminya kehadiran Varane ke United. United kemudian telah mencatatkan kejayaan manis 5-1 ke atas Leeds United.

Jadon Sancho telah membuat penampilan pertama bersama dengan Martial yang kembali setelah jampir 5 bulan tidak beraksi bersama United sebagai pemain gantian pada perlawanan tersebut.

Martial juga telah memberitahu kegembiraanya dengan kehadiran Varane rakan sepasukan negaranya Perancis ke United.

‘Saya telah mengenali Varane. Dengan kualiti yang dia ada, dia mampu membawa kami kepada tahap yang lebih baik dari sekarang. Dia mempunyai pengalaman yang sangat bagus, saya gembira United telah mendapatkan 2 pemain baru yang berkualiti dalam usaha membawa trofi ke Old Trafford.’

‘Varane merupakan pemain bintang di Real Madrid. Saya tidak merasakan dia mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan corak pemainan dan cara kami bermain di sini. Saya sentiasaakan menghulurkan bantuan jika dia perlukan khidmat nasihat atau pertolongan semasa di United ini.’

‘Dia sangat berpengalaman, dia telah mengecapi perlabagi kejuaraan semasa di Real Madrid atau Perancis. Saya pasti dia akan berada dalam keadaan baik di United ini.’

- Advertisement -