‘Martial langsung tidak membantu pasukan’ ulas Dion Dublin

0

Menurut bekas pemain Aton Villa, Dion Dublin berkata yang Anthony Martial tidak melakukan apa-apa untuk pasukan United sejak dia menyertai United. Pemain penyerang United ini kini berusia 25 tahun tidak menjaringkan gol sejak bulan Februari awal tahun ini di mana United menang besar 9-0 ke atas Southampton.

Martial banyak terlepas bermain untuk pasukan United pada musim lepas disebabkan kecederaan lutut yang dialaminya ketika United tewas 0-1 kepada West Ham dalam Piala Carabao pada musim lepas. Dia kini telah bermain sebanyak 14 perlawanan tanpa sebarang gol.

Bercakap dalam temubual BBC Five, Dublin juga bekas pemain United pada tahun 92-93 berkata,’Kita perlu melihat usaha yang lebih baik dari Anthony Martial. Namun walaupun berulang kali kita katakan, dia tidak langsung membantu pasukan. Saya mahu melihat dia berpeluh dengan usaha di atas padang sambil menjaringkan gol. Dia tidak cukup bagus dalam usaha membantu United sejak kehadirannya ke United. Dari awal permainan tiada apa-apa sumbangan dari Martial.’

48266575-10019195-image-a-25_1632352444682
Daily Mail Football @PA

‘Pergerakan dan sikap keperibadiannya amat mendukacitakan untuk kita lihat. Dia seperti tidak mahu berlari di dalam padang dan membantu pasukan berkerja keras untuk menjadi pemain no 9 United. Memang kita lihat ada beberapa bahagian ketika permainan tidak melakukan dengan baik, namun situasi dalam kotak penalti ia amat mengecewakan.’

Martial telah mempamerkan aksi yang tidak bagus ketika United tewas kepada West Ham 0-1 pada perlawanan awal pagi tadi. Perpindahannya ke United dari Monaco dengan nalai 36 juta pound dilihat begitu istimewa selepas dia menjaringkan gol larian solo yang luar biasa ketika menentang musuh tradisi United iaitu Liverpool. Martial telah menjaringkan 78 gol dalam 263 penampilan bersama United.

- Advertisement -