Martial kembali menjalani latihan dengan gaya rambut baru

0

Penyerang utama United, Anthony Martial telah kembali menjalani latihan bersama pasukan utama United. Di kini mempunyai penampilan rambut yang baru.

Bruno Fernandes telah berkongsi di Instagram miliknya, gambar bersama rakan sepasukan dan kelihatan Martial di situ.

Martial dan juga rakan-rakan lain telah menjalani kem latihan pusat di Scotland sebelum mereka memulakan musim baru ini.

Martial merupakan penjaring terbanyak pada musim 19/20 telah mencukur rambutnya. Ia memberikan petanda kepada Martial yang dia akan kembali selepas musim yang mengecewakan pada musim lepas.

Martial kembali berlatih selepas berehat dari kecederaan buku lalinya yang meranapkan impiannya untuk bermain di Euro 2020.

Sekarang, masa untuk Martial kembali merebut kesebelasan utama United terutama selepas kecederaan yang dialami Marcus Rashford. Rashford bakal menjalani pembedahan bahunya yang akan menyebabkan dia berehat sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum kembali bermain dengan United.

Cavani dan Fred masih belum bersama-sama dengan pasukan United di Scotland. Mereka dijangka akan menyertai latihan pada minggu ini selepas diberi pelepasan berehat selepas kejohanan COpa Amerika.

Martial pasti akan mendapat tempat untuk bermain dalam perlawanan persahabatan United menentang Everton di Old Trafford nanti.

- Advertisement -