Martial kehilangan impak seperti yang dilakukan Greenwood

0

Bruno bersama Greenwood telah dimasukkan oleh Solskjaer ketika perlawanan lepas bagi menyelamatkan pasukan United daripada tersingkir dalam Piala Carabao baru-baru ini. Namun gadingan ini gagal mempengaruhi kemenangan pasukan United walaupun dilihat telah cuba sedaya upaya.

Tidak sampai seminit di masukkan, Greenwood telah meluru membuat larian menuju pertahanan pasukan West Ham sebelum melepaskan tendangan yang diselamatkan Areola. Ia merupakan bola yang cantik hasil hantaran DVB yang nampak seakan-akan ada sinar yang akan menjelma kepada keputusan perlawanan.

Larian sebegitu amat disukai oleh para peminat United yang berharap Anthony Martial juga dapat melakukannya. Namun pemain Perancis itu gagal memberikan persembahan yang baik walaupun telah diberikan peluang bermain selama 90 minit permainan.

Greenwood mempunyai mental yang sangat kuat. Dia tidak kelihatan gementar dalam perlawanan. Dia tidak takut menghadapi sebarang cabaran dan rintangan.

Ben Johnson telah diberi tugas untuk menghalang pergerakan Greenwood yang dilihat menjadi pemain membawa kepada perubahan serangan United selepas dibawa masuk sebagai pemain gantian. Setiap kali Greenwood mendapat bola, dia akan berlari ke arah pertahanan pasukan West Ham dan mereka terpaksa mengundur dan tidak melakukan kekasaran kerana tidak tahu ke mana arah pergerakan Greenwood.

Perkara seperti inilah yang perlu dilakukan pemain-pemain muda United ketika bermain dengan pasukan utama. Dalam tempoh 30 minit permainan, Greenwood berjaya melakukan 2 percubaan dan 1 daripadanya tepat mengenai sasaran selain dari mencipta 3 peluang dan menyertai senarai tertinggi dikalangan para pemain United.

Greenwood telah melakukan 18 sentuhan dan jumlah tersebut adalah separuh dari jumlah yang dilakukan Martial yang bermain 90 minit permainan. Dengan penyingkiran pasukan United daripada Piala Carabao, pasti semakin sukar untuk Martial mendapat minit permainan disebabkan Marcus Rashford dan Edinson Cavani kini berada di landasan yang tepat untuk kembali dari proses pemulihan.

- Advertisement -