Martial berdepan kesukaran menjadi pemain utama selain berkemungkinan dijaual Januari depan

0

Pemain berjersi nombor 9, Anthony Martial kini hanya dibayangi prestasi terbaiknya yang dipamerkan dalam musim 2019/2020 dengan 23 gol dalam semua kejohanan. Pada musim lepas, dia hanya dapat menjaringkan 4 gol dalam 22 perlawanan sahaja. Martial semakin tenggelam dengan kehadiran bintang sensasi, Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho. Kini, dia hanya dapat bermain 7 minit dalam 3 perlawanan. Hal ini memberikan bayangan yang kurang baik bagi kariernya pada awal musim ini.

Martial hanya bermain ketika United seri 1-1 menentang Southampton dan dia masuk menggantikan Jadon Sancho yang telah bermain lebih kurang sejam. Jika dibandingkan antara Ronaldo dan Martial untuk musim ini, perbezaan antara mereka berdua amatlah ketara. Ronaldo telah mendapat 6.5 serangan dalam satu perlawanan berbanding Martial hanya 3.5 serangan dalam purata satu perlawanan.

Dua musim yang lepas, Martial telah melakukan yang terbaik dengan menjaringkan 17 gol dalam Liga Perdana Inggeris iaitu yang terbaik sejak dia datang dari AS Monaco. Martial sering dilanda kecederaan pada musim lepas dan telah mengakibatkan prestasinya merundum. Sejak menyertai United , Martial telah menjaringkan 78 gol dan 50 bantuan gol dam 263 perlawanan. Statistik ini amatlah rendah untuk seorang penyerang.

Untuk barisan serangan United, Martial kini harus bersaing dengan Mason Greenwood, Jadon Sancho, Paul Pogba, Jesse Lingard, Edinson Cavani dan juga Ronaldo. Marcus Rashford juga menjadi pesaing kepada Martial tetapi pemain England itu kini masih dalam proses pemulihan dari kecederaan. Pemain muda United yang lain juga masih boleh mendapat tempat dalam skuad utama seperti Hannibal Mejbri, Anthony Elanga, Shola Shoretire dan Amad Diallo. Mereka juga boleh mengetuk pintu pasukan senior United pada bila-bila masa sekiranya mempamerkan prestasi hebat.

Spekulasi Bulan Januari

Eurosport melaporkan ejen kepada Martial sudah diberikan lampu hijau untuk mencarikan Martial kelab baharu. Terdapat juga spekulasi mengatakan Barcelona dan Atletico Madrid berminat untuk membawa Martial ke Sepanyol tetapi dia ingin kekal di Liga Perdana Inggeris. United juga dikatakan meletakkan tanda harga 40 juta Pound untuk Martial dan bersedia melepaskannya sekiranya terdapat kelab lain yang berhajat.

Kehadiran Ronaldo terus menutup peluang Martial bermain untuk Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris. Kemungkinan dia akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama menentang West Ham United dalam Piala Carabao tetapi untuk masa depannya masih lagi tidak mendapat kepastian. Kebolehan Martial dalam mengelecek bola secara klinikal dari sebelah sayap kiri seperti yang dilakukan Ronaldo perlu sekali lagi menarik perhatian Ole Gunnar Solskjaer supaya dia mendapat tempat secara regular sekali lagi.

Masa semakin suntuk untuk Martial untuk menunjukkan bakatnya sekali lagi. Dia seharusnya perlu fokus dalam latihan dan berjaya memberikan aksi terbaik untuk bersaing dengan pemain lain dalam pasukan utama United pada musim ini.

- Advertisement -