Martial akan kembali menyertai skuad pramusim dalam masa terdekat

0

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah memberikan info mengenai ketiadaan penyerang sensasi Manchester United Anthony Martial dan Donny van de Beek dari skuad pra musimnya.

Pengurus dari Norway itu mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu masih dalam proses pemulihan kecederaan yang mereka alami.

Sejak dua minggu yang lalu, Manchester United telah memulakan pra musim mereka.Sebilangan pemain mereka berkumpul di Carrington, terutama mereka yang tidak bermain di Euro 2020 atau Copa America.

Hujung minggu lalu,United telah mengadakan perlawanan pra-musim berdepan Derby County di Pride Park, di mana mereka menang 2-1.

Solskjaer telah mengesahkan bahawa Van de Beek dan Martial diketepikan kerana mereka masih belum pulih dari kecederaan.

Namun, ia mendedahkan bahawa kedua-dua pemain itu akan segera menyertai dengan pasukan utama United dalam masa terdekat.

“Kedua-duanya masih belum bersedia untuk berlatih.Tetapi mereka bekerja keras untuk menyertai kami dan saya rasa mereka boleh kembali berlatih bersama kami minggu ini,” kata Solskjaer kepada Manchester Evening News.

Dalam laporan lain Solskjaer juga mendedahkan bahawa Bruno Fernandes dan Paul Pogba akan kembali berlatih dalam pasukannya pada hujung bulan Julai.

“Fernandes dan Pogba? Mereka belum berlatih minggu ini.Mereka baru kembali minggu depan.” katanya.

- Advertisement -