Buletin Manchester United

05DDF11C-0146-425A-B699-5CA831C5A4B3

Mark Hughes:”Pemain lain seperti tidak yakin untuk memberikan bola kepada Vdb”

Bekas Pemain Manchester United Mark Hughes memberikan pendapatnya mengenai kesukaran pemain baru United Donny van de Beek dalam mengeluarkan keupayaan sebenarnya bersama kelab barunya itu.

Hughes menganggap para pemain United yang lain seperti tidak mempercayai kemampuan bekas pemain Ajax ini sehingga membuatkan pemain berusia 23 tahun itu jarang memegang bola.

Meskipun begitu Mark Hughes tetap menganggap Donny van de Beek mempunyai kualiti yang baik dan percaya pemain itu akan segera membuktikan kemampuannya bersama United.

“Sepertinya saya lihat pemain United yang lain tidak yakin untuk memberi bola kepadanya,” kata Mark Hughes kepada talkSPORT.

“Ketika pemain seperti Fred dan Nemanja Matic datang dan melihat Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood, yang merupakan pemain hebat, fikiran mereka adalah untuk memberikan umpanan bola”.

“Saya tidak melihat banyak gerakan dari Donny van de Beek, saya tidak melihat dia melakukan gerakan kecil untuk masuk ke kotak penalti.Dia kelihatan mengecewakan.”

“Ya, anda ingin memberi peluang kepada Donny van de Beek.Mungkin, dia sedikit kecewa kerana tidak banyak bermain dan mungkin keadaannya sedikit lebih sukar,” kata Hughes.

“Tetapi, anda harus mengatakan, melihat penampilannya sejauh ini dengan masa yang diperoleh, dia tidak layak mendapat lebih dari itu. Van de Beek harus menunjukkan lebih banyak”.