Marcus Rashford tidak sabar untuk kembali beraksi

0

Suasana di kem United pada ketika ini sangat bersemangat dan ceria, terima kasih di atas kepulangan Cristiano Ronaldo. Semua pemain tidak sabar untuk menyertai sesi latihan bersama dengan lagenda United dan bermain bersama di Old Trafford. Namun ada seseorang yang dijangka perlukan lebih lama sedikit masa berbanding rakan sepasukan yang lain.

Marcus Rashford sedang kembali menjalani sesi latihan ringan untuk mengembalikan kecergasannya. Rashford telah menjalani pembedahan dan dia sedang berusaha memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan terbaik. Rashford telah menghantar mesej kepada peminatnya gambar dia berada di dalam mesin ‘oxygen tank’. Dia sedang menjalani sesi pemulihan dan dia tidak sabar untuk beraksi bersama rakan sepasukannya di atas padang.

Mesej yang disampaikan Rashford

Selepas pembedahan di bahagian bahunya pada awal bulan Ogos, dia juga sedang merehatkan kecederaan kakinya. Laporan dari The Sun, memberitahu yang pegawai kejurulatihan United gembira dengan perkembangan progress semasa pemulihan Rashford. Rashford di jangka akan kembali pada hujung bulan Oktober ini namun melihat kepada perkembangan semasa ini, berkemungkinan dia akan kembali lebih awal iaitu pada hujung bulan September.

Gambar Rashford sedang melakukan latihan ringan.

Perlawanan pada 29 September menentang Villarreal di Old Trafford merupakan tarikh di mana Rashford dijangka akan kembali. Walaupun Rashford kelihatan sangat tergesa-gesa untuk kembali berlatih bersama pasukan, namun United perlu memastikan Rashford benar-benar bersedia untuk musim ini. Situasi semasa bagi pasukan United pada ketika ini masih terkawal.

- Advertisement -