Marcus Rashford dijangka akan menjalani pembedahan bahunya

0

Menurut laporan setelah 7 bulan berlalu, pembedahan bahu Rashford akan dilakukan pada bulan Julai ini. Setelah sekian lama menanggung kesakitan dan kecederaan itu, akhirnya Rashford mengambil keputusan tersebut.

Selain itu, ada juga laporan memberitahu pembedahan tersebut juga sekali dengan masalah pergelangan kaki yang dialaminya.

Proses pembedahan dan pemulihan ini akan membuatkan Rashford tidak akan bersama pasukan United sehingga bulan Oktober nanti.

Rashford telah mengalami kecederaan pertamanya pada hujung November lepas ketika perlawanan menentang Arsenal. Selepas pada perlawanan tersebut, dia di lihat bermain dengan kesakitan dan memaksa dirinya untuk bermain.

Sebelum kecederaan tersebut, Rashford telah menjaringkan 8 gol dalam 12 perlawanan United. Namun selepas kecederaan itu, dia hanya menjaringkan 13 gol dalam 43 perlawanan.

Walaupun keputusan Rashford ini akan memberikan khabar buruk kepada persediaan pasukan United, namun ia merupakan keputusan yang tepat.

Rashford memerlukan masa untuk berehat dan menjalani pemulihan bagi mengembalikan prestasi cemerlangnya selepas dengan apa yang berlaku ketika perlawanan akhir Piala Europa dan Euro 2020. Pembedahan ini akan memberikan dia ruang untuk berehat seketika daripada bola sepak.

Ketiadaan Rashford sehingga Oktober atau November ini akan memberikan ruang kepada pemain lain untuk bermain di posisi berkenaan. Rashford pasti kembali dengan keadaan terbaik selepas bulan tersebut.

United masih mempunyai Martial untuk bermain sebagai pemain sayap kiri. Jadon Sancho dan Daniel James juga boleh bermain di posisi berkenaan.

Pemain muda Anthony Elanga juga diantara calon yang boleh diperhatikan. Perlawanan pra-musim ini pasti menjadi ukuran kepada Solskjaer untuk memilih pemain-pemain muda United yang benar-benar bersedia dengan pasukan utama United.

- Advertisement -