Marcelo Brozovic

Brozovic mempunyai ciri-ciri permainan seperti Carrick.

0 273

Pemain ‘defensive midfielder’ seharusnya menjadi fokus utama pasukan United pada musim ini.

Akan tetapi segala fokus utama sekarang tertumpu kepada usaha untuk membawa masuk Jadon Sancho ke united dengan nilai jutaan pound. Selain itu pertahanan tengah dan kanan merupakan posisi yang penting bagi memperkukuhkan lagi pertahanan United.

Oleh yang demikian bahagian tengah akan dilihat kekal seperti musim ini. Namun, United ada usaha untuk membawa masuk Declan Rice yang agak terlalu mahal seperti yang diminta oleh pihak west ham. United perlu mencari alternatif lain untuk solusi tersebut.

Maka nama Marcelo Brozovic muncul pada hari ini bagi pilihan yang lebih bajet bagi pasukan United.

Brozovic telah berjaya membuktikan kualiti yang ada dalam permainannya selepas dia berjaya membantu Inter Milan menjuarai serie A pada musim ini.

Brozovic akan beraksi bersama dengan pasukan Croatia untuk kempen euro 2020 kali ni. Mereka telah diundi bersama dengan pasukan England yang sentiasa menjadi musuh tradisi mereka dalam kejohanan besar.

Brozovic merupakan pemain penting di bahagian tengah Inter. Ia akan menjadi lebih menarik jika dia digandingkan bersama pogba di united. Ia sekaligus menepis ruang bagi gandingan Fred dan McTominay.

Brozovic merupakan pemain yang mempunyai kualiti hantaran yang bagus sama ada jarak jauh mahupun jarak dekat. Dia telah mencipta 6 assist bagi pasukan Inter.

Apa yang menarik untuk kita tahu, Inter Milan masih lagi berhutang mengenai bayaran perpindahan Lukaku pada musim lepas menurut laporan Dailymail.

Dengan keadaan tersebut, United berpeluang untuk mendapatkan Marcelo Brozovic dengan nilai perpindahan yang lebih murah dengan penolakan baki hutang yang tinggal. Dengan itu, United masih mempunyai bajet yang bagus untuk posisi yang lain.

Brozovic kini berada di kemuncak kariernya dengan usia 28 tahun 5 tahun lebih muda dari umur Matic. Dia mungkin bukan seorang pemain untuk pembangunan masa hadapan.

Tetapi kehadirannya mungkin akan memberikan pilihan yang lebih bertenaga dan pengalaman bagi United seperti yang ada pada Matic.

Dia telah bermain untuk 33 daripada 38 perlawanan untuk pasukan Inter. Dengan kehadirannya pasti dia akan menjadi Matic yang lebih muda pada musim hadapan.

Brozovic mempunyai ciri-ciri permainan seperti Carrick. United dilihat masih mencari-cari pemain seperti Carrick, Roy Keane atau Scholes di bahagian tengah.

Mereka inilah pemain-pemain yang boleh membuat hantaran dan menyerang daripada bahagian bawah. Di mana McTominay dan Fred selalu bergelut untuk perkara tersebut.

Dengan kehadiran pemain tengah seperti perkara itu, maka ia akan memberi peluang kepada Pogba lebih bebas bergerak ke atas dan terus kekal bersama United.

Kemungkinan Marcelo Brozovic adalah merupakan pemain yang diperlukan United selama ini. Ole mungkin boleh mempertimbangkan calon ini.