Marcel Sabitzer mungkin boleh beri sesuatu kepada United

0

Pasukan pemantau Man United harus berada pada kejohanan Euro 2020 untuk melihat dan mencadangkan pemain yang berpotensi bagus untuk di bawa masuk ke United.

Salah seorangnya adalah Marcel Sabitzer. Pemain ini bermain untuk RB Leipzig dengan nilai lingkungan 15-13 juta pound.

Nilai Sabitzer dilihat begitu murah disebabkan kontrak pemain ini akan berakhir pada tahun 2022. Pasukan kelab di seluruh eropah sedang memantau perkembangan pemain ini.

Sabitzer telah mempamerkan aksi yang mantap ketika Austria menentang Macedonia pada Euro 2020. Pasukanya Austria telah mencatatkan kemenangan 3-1 dengan permainan yang menghiburkan.

Sabitzer merupakan general pasukan Austria di bahagian tengah, dia telah membuat 83 sentuhan bola dan melengkapkan 91 peratus hantaran dengan tetap.

Sabitzer telah mencipta 3 peluang kepada rakan sepasukan. Dia juga telah mecipta assist kepada jaringan gol Stefan Lainer untuk gole pertama mereka.

Selain itu, dia telah membuat 3 ‘tackles’ dan 1 ‘interception’. Austria akan bertemu dengan Belanda dan Ukraine dan ia merupakan cabaran utama untuk Sabitzer.

Sabitzer merupakan pemain tengah bagi Leipzig yang telah memainkan pelbagai peranan pada musim ini. Dia merupakan pemain ‘box to box’ dan juga boleh bermain sebagai ‘defensive midfield’ dalam 7 penampilan dalam kesebelasan utama Leipzig musim lepas.

Dia telah menjaringkan 9 gol untuk Leipzig dan mencipta 4 ‘assist’ dalam semua kejohanan.

Leipzig kini dalam proses pembaharuan disebabkan pengurus pasukannya Julian Nagelsman telah meninggalkan kelab tersebut untuk sertai Bayern Munich pada musim hadapan. Ia akan menjadi masa yang tepat untuk Sabitzer berhijrah untuk mendapatkan cabaran yang baru.

Sabitzer berusia 27 tahun dan bukanlah seorang pemain ‘defensive midfielder’ yang United perlukan ketika ini. Tetapi dia dilihat sebagai seorang pemain yang lebih baik daripada Fred.

Dia dan Scott McTominay pasti mampu membantu bahagian serangan United dan juga mampu melakukan tugasan yang baik ketika bertahan.

Dengan harga 14 juta pound, tidak rugi untuk United mendapatkan pemain yang mempunyai hantaran yang bagus ini.

Dia berada pada kedudukan 10 pemain terbaik Bundesliga yang berjaya membuat hantaran yang tepat. No 1 adalah Jadon Sancho.

Jika United mahukan pemain tengah yang berkualiti dan murah, mungkin Sabitzer adalah pilihan yang bagus untuk memperkuatkan ‘squad depth’ pasukan United pada ketika ini. Jika United lewat, pasti ada kelab lain yang akan mendapatkan khidmat pemain ini.

- Advertisement -