Manni Norkett merupakan penyerang muda yang harus kita perhatikan

0

Gandingan Joe Hugill dan Charlie McNeill telah menjaringkan 41 gol untuk pasukan akademik United pada musim lepas. Pada musim ini, muncul satu nama baru yang bakal bersaing dengan mereka di mana prestasi pemain muda ini sedang meningkat naik dikalangan pemain-pemain muda.

Pada bulan lepas, United telah mengumumkan kehadiran pemain berusia 16 tahun, Manni Norkeett yang telah layak bermain untuk pasukan United bawah 18 tahun.

Norkett di lihat telah berjaya menyesuaikan dirinya dengan cepat. Dia telah menjaringkan gol ketika menang 3-0 menentang pasukan bawah 18 tahun Hearts semasa kempen latihan pra musim di Scotland.

Pretasi Norkett membolehkan dia semakin dikenali oleh rakan sepasukan barunya. Dia telah menerima komen menggalakkan daripada Marc Jurado, Alvaro Fernandez, dan Alejandro Garnacho di Instagram miliknya.

Musim baru bagi pasukan bawah 18 tahun ini akan bermula pada 14 Ogos. Norkett dijangka akan menjadi sebahagian daripada pasukan utama pasukan tersebut. Dia dijangka akan menjadi penyerang utama pasukan itu jika Charlie McNeill dinaikkan pangkat bermain untuk pasukan bawah 23 tahun United.

Norkett telah menolak tawaran hampir 15 pasukan termasuk Wolves dan Everton untuk menyertai United. Pada usia muda, Norkett telah menghabiskan masa mudanya di akademik Man City dan Sheffield United.

‘Saya menyertai United disebabkan saya rasa cara dan gaya saya pamerkan sesuai dengan pasukan United. Saya suka lari dan bergerak dengan bebas di bahagian depan. Bola sepak merupakan sebahagian minat saya. Saya sangat menyukai bola sepak. Saya akan menjaringkan gol sebanyak mana yang saya boleh jaringkan.’

- Advertisement -