Buletin Manchester United

Manchester-United-tidak-akan-menyerah-kalah

Manchester United tidak akan menyerah kalah

Bruno Fernandes menyatakan pendiriannya yang Manchester United tidak akan menyerah kalah dalam usaha mereka untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris. United yang hanya mampu mencapai 1 kemenangan dalam 4 perlawanan melepaskan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Man City yang semakin selesa berada di punca selepas menewaskan Liverpool 4-1 di Anfield.

Solskjaer dalam temubualnya semalam ada memberitahu yang Man Utd beraksi lebih baik pada musim ini tetapi tidak mampu menjuarai liga jika mereka sering melepaskan gol-gol mudah kepada pasukan lawan. Gol di masa kecederaan Calvert telah meranapkan usaha Man Utd untuk mengutip 3 mata penuh. Barisan pertahanan United mendapat kritikan hebat disebabkan gol-gol mudah yang dilepaskan bukan 1 perlawanan tetapi ada beberapa perlawanan sebelum ini.

Fernandes di media sosial, ‘Saya kecewa dengan keputusan, sesuatu yang tidak disangka, tetapi kami tidak akan menyerah kalah dapat perebutan untuk mendapatkan kejuaraan.’ Pemain tengah antarabangsa Portugal itu telah menjadi nadi utama pasukan United sejak kehadirannya pada Januari 2020. Bruno memberitahu rakan sepasukannya akan belajar daripada kesilapan daripada perlawanan berkenaan. ‘Belajar, berlatih dan cuba memperbaiki.’

Selain itu, Solskjaer dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang memberikan 4 minit masa kecederaan pada perlawanan tersebut. ‘Apa yang kami sepatutnya lakukan adalah mendapatkan bola dan cuba melengahkan perlawanan. Kami mempunyai banyak peluang tetapi tidak diterjemahkan dengan gol. ‘

‘4 pemain di hadapan bermain dengan baik. Mereka sering memberikan ancaman kepada pasukan lawan. Tetapi kami perlu bertahan dengan lebih baik selepas mengawal permainan secara keseluruhannya. Kami sekali lagi kehilangan 2 mata berharga jika kami dapat menukarnya kepada 3 mata pasti ia membuka peluang kami.’