Manchester United tawar kontrak, namun Pogba mungkin menolak

Paul Pogba berkemungkinan besar tidak akan sambung kontrak beliau

0

Situasi kontrak Paul Pogba masih menjadi tanda tanya walaupun di pihak Manchester United, kelab bersedia untuk menawarkan kontrak lanjutan berserta dengan penawaran gaji yang lebih lumayan.

Bagaimanapun, masih tiada keputusan ampuh yang dinyatakan oleh Paul Pogba serta ejen beliau, Mino Raiola dan ini menimbulkan lagi tanda tanya yang ianya adalah semakin sukar buat United untuk mendapatkan khidmat dari Pogba setelah tamat musim 2021/2022 ini.

NINTCHDBPICT000632360800-e1612567089262

Desas desus menyatakan bahawa Mino Raiola dan Paul Pogba sendiri sengaja melambat lambatkan proses menandatangani kontrak lanjutan bersama Manchester United kerana berhasrat untuk meninggalkan United secara perpindahan percuma; dan destinasi yang seterusnya berkemungkinan besar adalah untuk bersama Paris Saint Germain ataupun Real Madrid.

Manchester United tetap optimis yang mana Pogba dapat memperbaharui kontrak  lanjutan bersama mereka kerana United percaya bahawa pemain kebangsaan Perancis itu yakin dengan hala tuju serta visi kelab berada di landasan yang tepat.

Hubungan baik antara pemain tersebut dengan Ole Gunnar Solskjaer juga diharapkan agar dapat membantu Pogba untuk terus bersama Manchester United untuk tempoh masa yang lebih lama lagi.

 

- Advertisement -