Berita Terkini

Manchester United sedang mempertimbangkan perpindahan Nordi Mukiele [Video]

Manchester-United-sedang-mempertimbangkan-perpindahan-Nordi-Mukiele

Manchester United dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan kanan RB Leipzig Nordi Mukiele menurut laporan media Jerman.

United merupakan salah satu pasukan yang sedang melakukan pemerhatian disamping PSG, Atletico Madrid dan Bayern Munich.

Namun gosip ini lebih cenderung kepada Manchester United kerana dalam proses membuat rombakan besar-besaran pada hujung musim ini.

Mukiele merupakan pemain pertahanan RB Leipzig yang dibawa masuk oleh Ralf Rangick dari Montpellier pada 2018. Kontrak pemain ini dijangka akan tamat pada tahun 2023 di mana harga perpindahan bagi pemain ini dijangka munasabah.

Mukiele telah melakukan 37 penampilan dengan menjaringkan 2 gol dan 5 ‘assist’. Jumlah keseluruhan penampilannya adalah 145 dengan pasukan Leipzig. Mukiele kini berusia 24 tahun mempunyai 1 penampilan bersama pasukan Perancis.

United amat memerlukan posisi pertahanan kanan disebabkan Diogo Dalot mahupun Wan Bissaka tidak pernah menjaringkan gol dan ‘assist’ pada musim ini. Persembahan kedua-dua pemain ini amat tidak konsisten.

Walaupun statistik yang dipaparkan Mukiele tidaklah sehebat mana, namun United memerlukan muka baru untuk posisi berkenaan. Mukiele merupakan pemain yang mempunyai bentuk fizikal badan yang tegap dan merupakan seorang pemain yang bertenaga. Ciri-ciri ini amat diperlukan untuk barisan pertahanan United pada ketika ini.

Aksi terkini Mukiele

Lain-Lain Artikel