Manchester United Perlu Pertimbang Faktor X Bruno Fernandes Sebelum Ubah Formasi

Manchester United, ManU v Leeds United - Premier League - Old Trafford Manchester United s Bruno Fernandes celebrates after scoring his side s fourth goal of the game and his hat-trick during the Premier League match at Old Trafford, Manchester. Picture date: Saturday August 14, 2021. EDITORIAL USE ONLY No use with unauthorised audio, video, data, fixture lists, club/league logos or live services. Online in-match use limited to 120 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. PUBLICATIONxINxGERxSUIxAUTxONLY Copyright: xMartinxRickettx 61672156
0

Setiap daripada pemain yang baru masuk dan kemungkinan perubahan formasi baru yang bakal diterapkan Manchester United, ianya perlu mempertimbangkan gaya permainan Bruno Fernandes selaku pemain wajib dalam kesebelasan utama.

2967

Sejak dari hari pertama kemasukan Fernandes ke United pada Januari 2020, Ole Gunnar Solskjaer menjadikan Bruno sebagai pemain utama dalam hampir setiap perlawanan selain Harry Maguire di posisi pertahanan. Bruno telah diuar-uarkan memulakan revolusi baharu ke dalam pasukan.

Kebanyakan hantaran dan penyudah gol adalah menerusi gerakan Fernandes, selain daripada penalti yang tenang. Hatrik beliau pada Sabtu lalu dari permainan terbuka memberi tamparan hebat kepada ‘pembenci beliau’ yang hanya berpendapat gol-gol beliau hanya diperolehi banyak menerusi dari sepakan penalti dari jarak 12 ela.

Ketiga-tiga golnya menentang Leeds adalah dari jarak lebih dekat daripada tempat penalti dan namun kesemua gol beliau berpunca daripada kebijakan beliau berlari dari belakang pertahanan pelawat. Sekiranya anda menyaksikan kembali gol-gol berkenaan tanpa mengetahui di mana beliau bermain, anda akan menganggap Fernandes adalah pemain penyerang utama United.

GettyImages-1334101185

Ketika Solskjaer diberitahu tahun lalu bahawa Fernandes memecahkan rekod sebagai pemain tengah penjaring gol terbanyak di United, beliau tertawa melihat statistik itu dan mengatakan bahawa beliau adalah pemain yang suka menyerang. .

Kehadiran Scott McTominay dan Fred telah memberi platform kepada Fernandes untuk menjadi sebahagian daripada serangan empat pemain, lebih dari sekadar pemain tengah tiga orang. Kini beliau telah menjaringkan 43 gol dalam 81 perlawanan untuk United dalam semua pertandingan.

Itu sesuatu yang perlu diingat oleh Solskjaer sekiranya beliau mahukan untuk bermain dengan perubahan taktikal dan putaran pemain United musim ini. Solskjaer mahu menggunakan 4-3-3 lebih kerap dan itu akan dimungkinkan dengan penambahan Varane, pemain pertahanan satu lawan satu tertinggi. Varane dan Harry Maguire mungkin tidak memerlukan perlindungan McTominay dan Fred setiap masa.

Tetapi 4-3-3 masih mungkin melihat Fernandes beralih dari kedudukan No. 10 ke No. 8, membawanya lebih jauh dari gawang. Tiga larian yang beliau lakukan kelmarin untuk menjaringkan hatriknya adalah larian klasik dari posisi tengah. Sekiranya Solskjaer memilih untuk meletakkan Pogba dan Fernandes sebagai No. 8, atau gandingan Van de Beek dan Fernandes, maka mereka akan mempunyai pekerjaan yang lebih defensif. Beban yang mereka terpaksa pikul mungkin akan lebih banyak.

Portugal adalah pasukan yang cenderung bermain dengan formasi 4-3-3 dan setakat ini mereka gagal mendapatkan yang terbaik daripada Fernandes. Beliau diketepikan dari kesebelasan permulaan Portugal semasa Kejuaraan Eropah dan hanya menjaringkan empat gol dan tiga bantuan gol dalam 33 penampilan.

- Advertisement -