Berita Terkini

Manchester United Lebihkan Fred Dari Pogba?

Manchester United Lebihkan Fred Dari Pogba

Persembahan memukau Paul Pogba bersama skuad kebangsaan Perancis mendapat pandangan daripada beberapa peminat Manchester United.

Kita dapat melihat dalam 5 tahun selepas sekembalinya Pogba dari Juventus, ada persembahan yang cemerlang dan ada juga persembahan yang longlai. Hal ini kerana peranan Pogba semasa bermain untuk pasukan Perancis lebih bebas dan ini digemari oleh jurulatihnya, Didier Deschamps.

Pada musim lepas, Ole Gunnar Solskjaer dilihat lebih memilih Fred berbanding Pogba untuk menjadi tunjang di bahagian tengah. Pemain antarabangsa Brazil ini dilihat lebih baik beraksi dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris.

United Lebih Agredif Bila Ada Fred

Ole Gunnar Solskjaer lebih suka melihat United melakukan tekanan ke atas pihak lawan apabila Fred berada dalam kesebelasan utama.

Data FBRef.com menunjukkan bahawa Fred merupakan pemain yang paling banyak melakukan tekanan iaitu sebanyak 200 kali berbanding Pogba sebanyak 99 kali.

Fred juga merupakan pemain keempat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris yang banyak melakukan tekanan berbanding Pogba di tempat kesembilan.

Pemain Brazil ini juga telah membuat 55 bentesan ke atas pemain lawan melebihi pemain lain dalam skuad United manakala Pogba Pogba hanya melakukan 26 bentesan.

Dari segi halangan (blocks) pula, Fred melakukan 62 halangan manakala Pogba pula 22 halangan. United perlu membuat keseimbangan di bahagian tengah dan serangan pasukan selepas kemasukan Jadon Sancho yang diumumkan semalam.

Peranan Paul Pogba di bahagian serangan berkemungkinan akan berkurang dengan adanya Sancho.

Kita dapat melihat pada perlawanan akhir Piala Europa, Pogba yang dipilih dalam kesebelasan utama dilihat kurang berkesan untuk bergandingan dengan Scott McTominay.

Sekiranya United mendapatkan seorang pemain ‘defensive midfielder’ yang baru, Pogba dilihat boleh bergandingan dengan pemain tersebut seperti mana dia bergandingan dengan N’golo Kante dalam skuad Perancis.

Hal ini akan membuat Pogba boleh memberikan aksi terbaik seperti bermain di Euro 2020 dan permainan ini akan lebih baik dengan kreativiti yang ada dalam dirinya.

Kita juga tidak boleh memandang rendah dengan kebolehan Fred dan dia juga telah berjaya menyesuaikan dengan taktikal Solskjaer ketika ini.

Ketika bersama skuad Brazil dalm Copa America 2021, permainan Fred bertambah baik apabila bermain bersama Casemiro, pemain tengah Real Madrid. Dia telah mencipta 3 peluang dalam perlawanan menentang Colombia.

Fred juga perlu dihormati kerana banyak sumbangan yang dia lakukan untuk memastikan United mendapat tempat kedua pada musim lepas.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Informasi Semasa |

Pendedahan Casemiro: Apabila perbincangan berada di peringkat akhir dengan Man United secara peribadi, Florentino Pérez tidak mahu saya pergi. Saya memilih untuk meninggalkan Real Madrid selepas memenangi Liga Juara-Juara di Paris. Saya mahukan sesuatu yang baru, saya telah memenangi segala-galanya. Saya mahukan liga baharu, bahasa baharu. Tetapi ia bukan mudah.”

Beliau tidak mahu bercakap dengan saya tentang permintaan meninggalkan Real Madrid. Saya terpaksa bercakap dengan orang lain di kelab!, Case memberitahu Chiringuito. 

Casemiro: Apabila semuanya telah selesai dengan Man United, saya memasuki pejabat Ancelotti... beliau mula menangis. Beliau memberitahu saya: Case, saya tidak tahu. Saya cuma mahu awak tahu yang saya sayangkan awak! Saya tidak mahu awak pergi.

Ia adalah satu-satunya saat di mana saya ragu-ragu untuk meninggalkan Real Madrid.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Pendedahan Casemiro: "Apabila perbincangan berada di peringkat akhir dengan Man United secara peribadi, Florentino Pérez tidak mahu saya pergi. Saya memilih untuk meninggalkan Real Madrid selepas memenangi Liga Juara-Juara di Paris. Saya mahukan sesuatu yang baru, saya telah memenangi segala-galanya. Saya mahukan liga baharu, bahasa baharu. Tetapi ia bukan mudah.”

"Beliau tidak mahu bercakap dengan saya tentang permintaan meninggalkan Real Madrid. Saya terpaksa bercakap dengan orang lain di kelab!", Case memberitahu Chiringuito.

Casemiro: "Apabila semuanya telah selesai dengan Man United, saya memasuki pejabat Ancelotti... beliau mula menangis. Beliau memberitahu saya: 'Case, saya tidak tahu. Saya cuma mahu awak tahu yang saya sayangkan awak! Saya tidak mahu awak pergi".

"Ia adalah satu-satunya saat di mana saya ragu-ragu untuk meninggalkan Real Madrid".

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

4 hours ago

49 CommentsComment on Facebook

ETH plak dgn pemain2 dia "Awak berambus dr kelab" " Tiada pemain lebih besar dr kelab" Skrg dduk No7/8 😂😂😂😂🤭🤭🤭🤭

Real sekarang tgh enjoi ngan player2 muda belia

That's why player Real Madrid cakap, man management Ancelotti bagus, dia ada skill urus player dengan baik berdasarkan situasi. Tak selalu lembut macam Ole & tak selalu keras macam Eth 🤣

Load More

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14
... See MoreSee Less

1 day ago

20 CommentsComment on Facebook

bruno atau mainoo gotm bulan april 💯

April gol maino lwn lipop

Player terbaik bulan ini

Load More