Manchester United kehilangan khidmat Mctominay buat sementara waktu

0

F3FA1ADE-E01E-4C19-AAF7-5F526799D11E073DDA3A-12B4-4ACE-A50F-FF11931CD3FB

Berita buruk datang untuk Manchester United setelah pemain tengah mereka Scott McTominay dipastikan tidak akan dapat diturunkan buat sementara waktu selepas pemain itu berjaya menjalani pembedahan untuk kecederaan pangkal paha.

McTominay telah menjadi pemain penting dalam skuad Manchester United sejak Solskjaer mengambil alih tugas sebagai pengurus The Red Devils.

Bekas pemain akademi Manchester United itu dilaporkan telah mengalami kecederaan baru-baru ini sehingga membuatkan dia tidak mempunyai banyak peluang untuk bermain sejak pra-musim.

“Scott menjalani pembedahan untuk menyembuhkan kecederaan di pangkal paha,” kata Solskjaer kepada laman web rasmi Manchester United.

“Dia pernah cuba bermain sambil menahan kesakitan, tetapi akhirnya dia tidak dapat menanggung kesakitan dan terpaksa menjalani pembedahan.

“Kecederaan itu membuatnya merasa sakit ketika bermain di padang, jadi dia harus segera dirawat.”

Sebelum ini Solskjaer berharap McTominay tidak akan menjalani pembedahan kerana beranggapan hanya kecederaan biasa namun ternyata kecederaan itu sukar disembuhkan sehingga pemain tengah itu harus melakukan proses rawatan.

“Kami telah mencuba semua jenis penyembuhan pada pra-musim.Tetapi ternyata kecederaan ini harus dirawat sehingga cepat sembuh,”

“Sekarang kami berharap dia dapat kembali bersama kami tidak lama lagi,” katanya.

- Advertisement -