Sejak akhir-akhir ini kira-kira, tiga musim lepas, Manchester United mempunyai masalah dengan gandingan pertahanan tengah mereka. Pemain tengah United sering mempamerkan persembahan yang tidak konsisten sehingga menyebabkan pihak pengurusan telah memulakan gerakan mendapatkan pemain yang baru.
Solskjaer dilaporkan mula mencari beberapa pemain pertahanan tengah alternatif. Salah satu nama yang dilaporkan dikehendaki oleh Solskjaer adalah Raphael Varane.
The Manchester Evening News mendakwa bahawa United mula melakukan perbincangan untuk mendapatkan Varane. Mereka merancang untuk menawarkan tawaran awal untuk pemain pertahanan Real Madrid tersebut.
Menurut laporan itu, Manchester United sebenarnya sudah lama memerhatikan Varane. Sejak dari era Sir Alex Ferguson, MU telah berminat untuk mendapatkan pemain Perancis itu. Kerana dia mempunyai bakat dan prestasi yang baik serta bentuk fizikal yang tegap disamping kepantasan.
Perkara tersebut menyebabkan Solskjaer juga berminat untuk membawa masuk Varane kerana dia dilihat dapat menjadi gandingan terbaik dibarisan pertahanan United bersama-sama dengan Harry Maguire.
Oleh yang demikian United sudah bersedia untuk serius dalam mendapatkan pemain tersebut. Selain itu, Real Madrid juga berkemungkinan akan melepaskan pemain pertahanan itu pada musim panas. Setelah Florentino Perez bersedia untuk melepaskan pemain tersebut itu.
Kabarnya United akan membuat tawaran 50 juta euro untuk Varane dalam waktu terdekat. Tawaran awal Manchester United kemungkinan akan ditolak. Kerana Real Madrid mahukan bayaran 70 juta Euro untuk khidmat pemain pertahanan tersebut.