Buletin Manchester United

642CCF36-9814-487B-9B82-8EDE3A134A81

Manchester United bakal mendapat penaja baru menggantikan Chevrolet

|BMU-Penaja Baru |

Berita baik datang untuk Manchester United pada bulan Mac 2021 apabila menurut sumber media dari UK mendedahkan bahawa United telah berjaya mendapatkan penaja utama kelab untuk menggantikan Chevrolet.

Seperti yang kita ketahui sebelum ini Sejak musim 2014-2015,United telah mengharungi semua perlawanan dengan memakai jersi bertemakan logo Chevrolet.Syarikat Automobil dari USA ini telah menjadi penaja utama United selama tujuh tahun.

Chevrolet dilaporkan telah membayar sebanyak £64 juta setiap musim kepada United.Kontrak Chevrolet sebagai penaja utama United dikatakan akan tamat pada akhir musim ini.

Meskipun sebelum ini kedua-dua pihak bersetuju untuk memperpanjang kontrak selama enam bulan lagi kerana keadaan ekonomi yang sukar disebabkan oleh pandemi Covid-19 dan juga kerana kesukaran mencari penaja baru pada ketika ekonomi dunia mengalami perlambatan akibat pandemi Covid-19.

Namun laporan yang dikeluarkan oleh Sportsmole mendedahkan bahawa United selangkah lagi untuk mencapai perjanjian dengan syarikat yang ingin menggantikan Chevrolet.

Syarikat software dari USA didedahkan kemungkinan akan menjadi penaja utama untuk United namun identiti syarikat itu masih misteri.Jika perjanjian itu dimuktamadkan maka United 

akan mendapat 70 juta pound setiap musim dari penaja ini.

#BMU03