Manchester United bakal ikat Pogba sehingga 2025

0

B2B4B212-9EDE-4BD0-9A35-E977FE955F46Manchester United dilaporkan akan menjadikan Paul Pogba sebagai pemain dengan gaji tertinggi di kelab dengan nilai nominal sebanyak £400,000 seminggu.

Dengan nilai tawaran itu sekaligus menjadikan ia penerima gaji tertinggi menewaskan David De Gea yang bernilai 375,000 pound seminggu.

Menurut The Athletic, Manchester United akan mengikat Pogba selama lima tahun dan itu bermakna, pemain Perancis itu akan diikat sehingga 2025.

Pecahan tawaran untuk Pogba merangkumi kontrak empat tahun, ditambah pilihan untuk perpanjangan satu tahun.

The Red Devils harus memperpanjangkan kontrak Pogba, jika mereka tidak mahu kehilangan pemain itu secara percuma pada akhir musim ini.Pogba kini memasuki sisa baki terakhir kontraknya di Old Trafford.

Walaupun tawaran Manchester United sangat menggoda, Pogba dilaporkan masih belum membuat keputusan.Dia dikatakan belum  menerima tawaran United.

Pogba dilaporkan meminta masa untuk berfikir dan menganalisis semua pilihan yang ada.Salah satu pilihan untuknya adalah berpindah ke Paris Saint-Germain secara percuma pada musim panas 2022.

Namun, Manchester United tidak mahu terlalu lama menunggu Paul Pogba membuat keputusan.Mereka menuntut pemain Perancis itu memutuskan secepat mungkin.

Kesepakatan baru itu juga akan memberi pemain tengah itu keuntungan yang ketara dalam kontraknya.Sebelumnya, Pogba menerima gaji 290,000 pound seminggu.

Manchester United perlu berusaha keras untuk melanjutkan kontrak Pogba untuk mengelakkan kerugian besar.

Seperti diketahui, Manchester United telah menghabiskan 89 juta pound ketika mengembalikan Pogba dari Juventus pada 2016.

Sekiranya United gagal mendapatkan tandatangannya, ini adalah kali kedua Pogba meninggalkan Old Trafford.Sebelumnya, dia menyertai dengan Juventus pada tahun 2012 ketika kontraknya tamat.

Sumber yang sama mendedahkan kemungkinan Pogba akan menandatangani kontrak baru di Manchester United sebelum pasaran perpindahan ditutup pada 31 Ogos.

Manchester United dikatakan mahu memanjangkan kontrak Pogba bukan hanya untuk mengelakkan kerugian besar. Namun, United memerlukan Pogba di atas padang.

Paul Pogba menjadi watak kemenangan besar Manchester United dalam perlawanan sulung Liga Perdana 2021/2022 menentang Leeds United di Old Trafford, Sabtu (14/8/2021).Pemain Perancis itu menjadi arkitek penting di sebalik kemenangan 5-1.

Paul Pogba memberikan sumbangan 4 assist, yang bermaksud bahawa dia terlibat secara langsung dalam 80 peratus gol United dalam perlawanan itu. 

Sumbangan ini menunjukkan betapa tingginya kualiti Paul Pogba yang menyukarkan lawan dari setiap posisi dan sudut serangan. Jangkauannya tinggi, visi bermainnya juga cemerlang.

Sumber: The Athletic

- Advertisement -