Manchester United akan sentiasa menjadi pasukan yang kuat

0

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menolak anggapan semua pihak yang mengatakan Manchester United kini merupakan pasukan biasa. Pengurus dari Germany ini akui bahawa Manchester United akan sentiasa menjadi pasukan yang kuat dan tidak boleh dipandang rendah. Sebagai salah satu pasukan yang paling berjaya di England, Manchester United memang mengalami kemerosotan dalam tujuh tahun terakhir.Mereka sukar untuk menjadi pesaing kejuaraan liga kerana prestasi mereka yang tidak konsisten.

“Saya telah berada di England selama lima tahun dan United tidak pernah menjadi pasukan underdog,” kata Klopp seperti dilaporkan oleh Goal International. “Mereka akan sentiasa menjadi pasukan yang baik kerana mereka selalu mempunyai pemain yang hebat dalam pasukan mereka.” “Mereka juga selalu memiliki pengurus dan staff kejurulatihan yang hebat. Bagi saya mereka akan selalu menjadi pasukan yang baik dan sekarang mereka berada di puncak kedudukan liga dan itu bukan sebuah kejutan.”

- Advertisement -