Manchester United akan melepaskan Pallistri secara pinjaman pada perpindahan bulan ini

0

Berita mengejutkan datang dari Manchester United kerana menurut beberapa sumber Manchester United dilaporkan akan melepaskan pemain muda mereka Facundo Pellistri pada perpindahan bulan ini.

Pellistri merupakan salah satu daripada empat pemain yang menyertai dengan Manchester United musim panas lalu,pemain ini direkrut dari kelab Uruguay Penarol dengan bayaran sekitar 10 juta euro.

Manchester Evening News menyatakan bahawa Pellistri kemungkinan akan meninggalkan Old Trafford pada bulan Januari.

Menurut laporan itu, Manchester United ingin melepaskan Pellistri secara pinjaman.Mereka berpendapat Pellistri merupakan pemain yang berbakat meskipun begitu pada usia yang muda pemain ini dianggap terlalu mentah untuk disatukan dalam pasukan utama Manchester United.

Dan oleh kerana itu telah membuatkan Solskjaer ingin meminjamkannya kepada pasukan lain untuk memberi peluang buat pemain ini mendapatkan minit permainan yang lebih di peringkat senior.

Menurut laporan yang beredar, Pellistri kemungkinan akan dipinjamkan kepada pasukan dari England sama ada kelab EPL mahupon kelab Championship dengan tujuan untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris, sebab itulah Solskjaer ingin meminjamkannya ke kelab EPL atau Championship.

- Advertisement -