Manchester City dapat keuntungan sebanyak €13 juta Euro dari perpindahan Sancho

0

Kisah perpindahan Jadon Sancho ke Manchester United akhirnya berakhir setelah Manchester United dan Borussia Dortmund akhirnya bersetuju dengan bayaran perpindahan sebanyak £73 juta pound.

Meskipun begitu ternyata bukan hanya Borussia Dortmund yang mendapat manfaat dari perpindahan ini kerana Menurut laporan wartawan Itali, Fabrizio Romano,bekas kelab Sancho Manchester City dikatakan turut mendapat keuntungan dari perpindahan ini.

Harus diingat bahawa Dortmund telah menandatangani Sancho dengan harga sembilan juta euro pada tahun 2017.Jadi jelas, Die Borussen mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika dia menjualnya ke Manchester United.

Tetapi keuntungan seperti itu wajar.Bagaimanapun, Dortmund berperan penting dalam pembangunan Sancho kerana mereka yang memberinya peluang untuk beraksi dari usia muda sehingga pemain ini dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 20 assist dalam dua musim terakhir.

Dalam laporan sama Nampaknya, perjanjian antara Manchester United dan Dortmund juga bermanfaat buat Manchester City kerana Mereka telah memasukkan klausa tertentu ke dalam perjanjian ketika mereka ingin melepaskannya ke Dortmund terlebih dahulu.

Dalam perjanjian tersebut, terdapat klausa di mana Manchester City berhak mendapat 15 peratus dari hasil penjualan ke mana-mana kelab.Ini bermaksud, City berhak menerima wang sebanyak 13 juta euro.

Pengiraannya adalah bahawa mereka juga telah memperoleh keuntungan berlipat kali ganda memandangkan City menandatanganinya dari Watford pada tahun 2015 dengan harga sebanyak 76 ribu euro.

Sancho sebenarnya berada dalam skuad projek jangka masa panjang Manchester City dengan Phil Foden, yang kini menjadi sebahagian daripada pasukan utama Josep Guardiola di Etihad Stadium. Malangnya, Sancho memilih untuk berpindah kerana ingin mencari peluang berkarier di kelab lain.

- Advertisement -