Berita Terkini

Malen Pengganti Sancho di Dortmund?

Malen Pengganti Sancho Di Dortmund

Kedatangan Jadon Sancho ke Old Trafford semakin hampir ke penghujungnya. Hasil jualan Sancho yang begitu lumayan membuatkan pengurusan Borrusia Dortmund perlu mencari pengganti dengan segera.

Akhbar Jerman telah melaporkan Borrusia Dortmund telah mengenalpasti pemain penyerang PSV Eindhoven yang juga pemain antarabangsa Belanda, Donyell Malen sebagai sasaran seterusnya.

Malen yang telah menjadi gantian pada perlawanan pertama malam tadi dalam Euro 2020 apabila Belanda mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Ukraine dalam satu perlawanan yang menakjubkan.

Manchester United dan Borrusia Dortmund semakin hampir untuk mencapai persetujuan dalam proses penjualan Jadon Sancho dan akan dimeterai tidak lama lagi. Borrusia Dortmund juga tidak akan mengambil masa untuk mendapatkan Malen dari PSV Eindhoven.

Malen yang berusia 22 tahun adalah bekas produk akademi Arsenal yang telah berhijrah 4 tahun lepas untuk kembali semula ke Belanda. Kini beliau adalah antara prospek muda masa depan yang akan menyinar dalam Euro 2020.

Beliau telah menjaringkan 19 gol dan 8 bantuan gol dalam Liga Belanda musim lepas. Selain itu, beliau turut menjaringkan 5 gol dalam Liga Europa.

Malen kemungkinan dibeli menggunakan duit hasil penjualan Sancho tetapi beliau juga dikatakan sebagai pengganti Erling Haaland yang akan berpindah musim depan.

Positif Untuk United

Akhirnya perpindahan Jadon Sancho ke United menjadi kenyataan selepas lebih setahun tertangguh kerana masalah harga penjualan yang tidak mendapat persetujuan kedua-dua kelab.

BBC Sport melaporkan bidaan pertama United ditolak kerana harga yang rendah diberikan tetapi rundingan masih berjalan.

Fabrizio Romano pula berkata United telah berhubung dengan ejen Sancho pada minggu lepas dan berharap segalanya akan terungkai pada minggu ini.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Informasi Semasa |

Pendedahan Casemiro: Apabila perbincangan berada di peringkat akhir dengan Man United secara peribadi, Florentino Pérez tidak mahu saya pergi. Saya memilih untuk meninggalkan Real Madrid selepas memenangi Liga Juara-Juara di Paris. Saya mahukan sesuatu yang baru, saya telah memenangi segala-galanya. Saya mahukan liga baharu, bahasa baharu. Tetapi ia bukan mudah.”

Beliau tidak mahu bercakap dengan saya tentang permintaan meninggalkan Real Madrid. Saya terpaksa bercakap dengan orang lain di kelab!, Case memberitahu Chiringuito. 

Casemiro: Apabila semuanya telah selesai dengan Man United, saya memasuki pejabat Ancelotti... beliau mula menangis. Beliau memberitahu saya: Case, saya tidak tahu. Saya cuma mahu awak tahu yang saya sayangkan awak! Saya tidak mahu awak pergi.

Ia adalah satu-satunya saat di mana saya ragu-ragu untuk meninggalkan Real Madrid.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Pendedahan Casemiro: "Apabila perbincangan berada di peringkat akhir dengan Man United secara peribadi, Florentino Pérez tidak mahu saya pergi. Saya memilih untuk meninggalkan Real Madrid selepas memenangi Liga Juara-Juara di Paris. Saya mahukan sesuatu yang baru, saya telah memenangi segala-galanya. Saya mahukan liga baharu, bahasa baharu. Tetapi ia bukan mudah.”

"Beliau tidak mahu bercakap dengan saya tentang permintaan meninggalkan Real Madrid. Saya terpaksa bercakap dengan orang lain di kelab!", Case memberitahu Chiringuito.

Casemiro: "Apabila semuanya telah selesai dengan Man United, saya memasuki pejabat Ancelotti... beliau mula menangis. Beliau memberitahu saya: 'Case, saya tidak tahu. Saya cuma mahu awak tahu yang saya sayangkan awak! Saya tidak mahu awak pergi".

"Ia adalah satu-satunya saat di mana saya ragu-ragu untuk meninggalkan Real Madrid".

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

4 hours ago

44 CommentsComment on Facebook

ETH plak dgn pemain2 dia "Awak berambus dr kelab" " Tiada pemain lebih besar dr kelab" Skrg dduk No7/8 😂😂😂😂🤭🤭🤭🤭

Real sekarang tgh enjoi ngan player2 muda belia

mesti dia nyesal pindah MU 😅

Load More

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14
... See MoreSee Less

1 day ago

19 CommentsComment on Facebook

bruno atau mainoo gotm bulan april 💯

April gol maino lwn lipop

Player terbaik bulan ini

Load More