Berita Terkini

Malacia berkata dia suka bermain bersama Lisandro Martinez

Malacia Berkata Dia Suka Bermain Bersama Lisandro Martinez

Selepas Martinez memberikan reaksi kegembiraan bermain Bersama Varane, kini Tyrell Malacia berkata, dia suka bermain Lisandro Martinez pula.

Malacia dan Martinez telah menyertai United semasa jendela perpindahan sekaligus membantu meningkatkan kualiti bahagian kiri dan tengah pertahanan United.

Ini menyaksikan pemain antarabangsa England, Harry Maguire dan Luke Shaw tercicir daripada kesebelasan utama beberapa bulan sebelum Piala Dunia.

Malacia telah memberitahu laman web rasmi kelab itu apa yang difikirkannya mengenai Martinez, yang telah memenangi anugerah pemain bulan ini untuk bulan Ogos.

Malacia berkata kepada Lisandro: “Ya, kami banyak bercakap antara satu sama lain mengenai bola sepak dan dia seorang lelaki yang baik. Beliau seorang yang hebat dan memberikan kami tenaga yang baik. Anda melihat perkara itu dalam perlawanan menentang Liverpool juga, jadi saya suka bekerja dengannya.”

Tetapi dia mengatakan bahawa Martinez tidak seperti watak agresif yang anda lihat di atas padang: “Tidak! Dia agak pendiam. Dia tersenyum dan banyak bercakap [di atas padang] tetapi dia tidak seperti itu di luar padang.”

Shaw dan Maguire dilihat gagal menemui semula rentak sebenar permainan mereka sejak mara ke perlawanan akhir Euro 2020 walaupun Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick mengekalkan kepercayaan terhadap mereka.

Ten Hag bergerak pantas untuk menandatangani Martinez dan Malacia di kedudukan mereka dan selepas dua perlawanan pertama musim ini, pengurus Belanda itu telah mendapat jawapannya.

Mereka telah menyumbang kepada dua ‘cleen sheet’ dalam 2 perlawanan berturut-turut serta memberikan aksi berpasukan yang sangat mengagumkan ketika menentang Liverpool di Old Trafford.

Namun ujian sebenarnya adalah perlawanan pada hari ini iaitu menentang pendahulu liga Arsenal yang masih mengekalkan rekod kemenangan mereka sejak hari pertama liga.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Informasi Semasa |

Skuad penuh Manchester United menggabungkan pemain senior dan pemain muda yang membuat perjalanan ke London untuk aksi separuh akhir Piala FA menentang Coventry City.

Onana, Heaton, Bayindir, Dalot, Wan-Bissaka, Maguire, Jackson, Ogunneye, Amass, Casemiro, Mainoo, Eriksen, McTominay, Fernandes, Garnacho, Antony, Rashford, Hojlund, Wheatley, Forson, Amad

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

... See MoreSee Less

18 hours ago

43 CommentsComment on Facebook

Seperti biasa..Onana ..buat fans MU panas..

Keeper tu bwak sorang jer ckup..kalau injuries sekali pun bgi jer main...biar lepas nie xmain terus..🤣🤣🤣🤣🤣

N yet org salahkan ten hag. Aku nk tgk arteta, kloop or pep face injury list panjang mcm ni.. 🫣 admit it.. united have been unlucky sign signing that doctor from Arsenal.

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire adalah satu-satunya bek tengah yang cergas dan tersedia untuk Man United berdepan Coventry.

Raphael Varane, Lisandro Martínez, Johny Evans, Victor Lindelof kesemuanya dalam senarai kecederaan dan malang tidak berbau, Willy Kambwala pula kini mengalami kecederaan.

Difahamkan Erik ten Hag terpaksa menguji Casemiro sebagai bek tengah berpasangan dengan Maguire sebagai gandingan kecemasan.

19 hours ago

174 CommentsComment on Facebook

Mgkin dkt london macam cuaca dkt malaysia .. panas sejuk panas sejuk .. dan ramai player yg demam malaria tapioka..

Letak Maguire sorg je back..yg lain main belah atas.....die sorg blh je handle kelab bawahan mcm ni...

still di mata fans menyu kat malaysia ten hag yang salah walaupun tinggal sorang je cb available

Load More