Makhluk Asing Dijumpai Oleh Smalling

0 446

Adakah anda mempercayai kewujudan makhluk asing dari planet lain atau dikenali dengan panggilan UFO?

Sam Smalling yakni isteri kepada mantan pemain United yang kini berhijrah ke Roma, Chris Smalling mendakwa beliau dan suaminya itu melihat dengan jelas keberadaan pesawat makhluk asing tersebut sewaktu melakukan percutian di Jamaica.

Mereka menolak dakwaan sedang berkhayal atau mengambil apa-apa bahan terlarang ketika menjelaskan perkara itu.

Pasangan ini turut mengatakan yang pesawat itu berlegar-legar berdekatan mereka namun sayangnya mereka tidak berkesempatan merakam sebarang bukti bergambar atau membuat rakaman video sebagai pengesahan kepada orang ramai.

Bagaimana? Adakah Adudu benar-benar wujud mengikut cerita Smalling dan isterinya?