Maka tamatlah spekulasi mengenai Pogba

0

Paul Pogba telah kembali berlatih bersama rakan sepasukannya selepas bercuti di Miami.

Pogba berada di sesi latihan pusat United di Scotland dengan melakukan latihan individu untuk menguji ketahanan kecergasannya.

Kehadiran Pogba sangat penting pada musim ini. Ia sekaligus menamatkan spekulasi yang dia akan berhijrah ke PSG. Namun isu pembaharuan kontraknya pasti akan dapat diselesaikan seblum hujung tahun ini jika United tidak mahu kehilangan Pogba secara percuma untuk kali kedua.

Rakan barunya Raphael Varane masih lagi belum menyertai pasukan United untuk sementara ini disebabkan isu visa dan tempoh kuarintin yang perlu dilakukan apabila masuk ke UK.

United akan menentang Everton di Old Trafford pada Sabtu ini untuk perlawanan persahabatan terakhir. Dijangka 55 ribu peminat United akan hadir menyaksikan perlawanan ini. Dengan kehadiran semula pemain-pemain senior pasti akan merancakkan lagi perlawanan persahabatan yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh peminat di sana.

- Advertisement -