Berita Terkini

Mahu dapatkan Bruno Fernandes, Real Madrid disaran menyerah..

Portugal V Turkey: Knockout Round Play Offs 2022 Fifa World Cup Qualifier

Harapan Real Madrid untuk merampas Bruno Fernandes dari Man United nampakya mungkin akan menerima kegagalan. Playmaker itu dilaporkan enggan meninggalkan kelabnya Manchester United.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Real Madrid mahukan Bruno Fernandes. Mereka mahu playmaker itu menggantikan Luka Modric dalam pasukan mereka yang kini berusia untuk bermain dalam peringkat tertinggi.

Real dilaporkan sangat serius untuk merekrut Bruno Fernandes. Mereka mula meneroka untuk pemain pasukan kebangsaan Portugal itu berpindah ke Madrid.

Bagaimanapun, laporan terbaru dari Record menyatakan bahawa Real Madrid akan menggigit jari mereka. Ini kerana playmaker itu keberatan untuk berpindah ke Bernabeu.

Laporan itu mendakwa Bruno Fernandes akan menolak cadangan yang datang dari Real Madrid.

Setakat ini dia mash gembira di Old Trafford dan dia sangat menikmati kerjayanya bersama Red Devils setakat ini.

Fernandes juga mempunyai cita-cita besar untuk membantu MU memenangi banyak trofi kejuaraan. Jadi dia tidak mahu menarik diri sebelum cita citanya direalisasikan.

Laporan yang sama juga mendakwa Manchester United tidak berminat untuk melepaskan Fernandes

Di mata Red Devils, Fernandes adalah antara pemain terbaik mereka. Apatah lagi pemain itu juga merupakan ketua di bilik persalinan United.

Jadi mereka langsung tidak berminat untuk melepaskan Fernandes pergi, tidak kira sama ada Real Madrid mempunyai keberanian untuk membayar pemain itu dengan lumayan atau tidak.

Sumber : Bola.Net

Lain-Lain Artikel