Maguire:”Ini kesilapan kami bersama jangan salahkan Lingard”

0

Tidak dapat dinafikan,sentuhan saat akhir Jesse Lingard adalah menjadi penyebab kekalahan Manchester United kepada Young Boys pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara.

Lingard yang masuk pada minit ke-72 untuk menggantikan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan yang berlangsung di Stade de Suisse telah melakukan kesilapan yang sukar dimaafkan oleh semua pihak.

Semua pihak bersetuju bahawa Lingard mempunyai peranan besar dalam kekalahan Manchester United. meskipun begitu, Harry Maguire sebagai kapten enggan menyalahkan semua kesalahan yang ada pada Lingard sahaja.

“Itu bola sepak.Orang membuat kesilapan – kami tidak menyalahkan Jesse.Saya yakin semua orang di padang hari ini melakukan kesilapan. Saya yakin Jesse akan bangkit,” katanya seperti dilaporkan oleh BBC Sport.

“Ini hanya perlawanan pertama untuk pasukan.Kami masih memiliki banyak perlawanan untuk bangkit kembali.Kami akan berusaha mendapatkan tiga mata pada perlawanan berikutnya dan membangun momentum dari sana,” lanjutnya.

Ketika Manchester United bermain dengan 10 orang, Ole Gunnar Solskjaer sebagai jurulatih segera memainkan strategi bertahan.Beberapa pemain yang pandai bertahan diturunkan, seperti Nemanja Matic dan Raphael Varane.

Ramai yang mengkritik tindakan Solskjaer. Sebilangan peminat Manchester United percaya Young Boys dapat dikalahkan walaupun united bermain dengan 10 orang pemain tetapi Maguire sendiri bersetuju dengan keputusan Solskjaer.

“Kami memulakan babak kedua dengan baik.Saya fikir penggantian membantu kami menyekat rentak lebih baik.”

“Kami tidak dapat mengawal kotak penalti dengan empat pemain pertahanan.Mereka tidak mempunyai banyak peluang keemasan.Jelas saya merasa kecewa untuk mencapai keputusan seperti ini pada akhir permainan.

- Advertisement -