Maguire Paling Gembira Dengan Kedatangan Varane

0

Raphael Varane telah menjadi pemain Manchester United secara rasminya pada Isnin lepas. Dia telah tiba di Carrington Park untuk menjalankan tugas sebagai pemain dan berlatih bersama-sama pemain lain.

Salah seorang pemain yang dilihat begitu gembira adalah Harry Maguire, dia bakal mendapat pasangan baru di posisi pertahanan tengah. Dalam satu gambar di Instagram Manchester United, Maguire begitu kagum dan gembira dengan cara kawalan bola yang dilakukan Varane.

Bercakap kepada laman web kelab, Maguire menyatakan yang Varane seorang pemain pilhan yang telah memenangi banyak kejuaraan dalam beberapa tahun yang lepas.

“Dia seorang pemimpin dan pemenang serta kemasukannya ke dalam unit pertahanan kami begitu penting kerana dia akan membuatkan pemain lain bertambah baik,” kata Maguire lagi.

“Kami juga mempunyai beberapa pemain pertahanan yang bagus di kelab ini dan kini dia pun sudah bersama kami. Kami juga mempunyai beberapa pemain antarabangsa yang bagus dan kehadirannya pilihan di bahagian pertahanan kami bertambah baik. Dia pasti seorang pemain pilihan utama.”

Perasaan yang digambarkan Raphael Varane kepada kaptennya, Harry Maguire juga serupa. Apabila ditanya mengenai Harry Maguire dan Luke Shaw, Varane menyatakan mereka merupakan pemain yang bagus dan gembira akan bekerjasama dengan mereka kerana kelab ini mempunyai ramai pemain yang berkualiti.

Raphael Varane dijangka akan bergandingan dengan Harry Maguire pada hujung minggu ini menentang Southampton. Varane perlu memastikan keadaan dan kecergasan dirinya telah berada di tahap terbaik jika tidak Victor Lindelof akan mengekalkan tempatnya ketika ini. Selain itu, Eric Bailly juga telah kembali dari skuad Ivory Coast yang bertanding di Sukan Olimpik Tokyo yang lepas.

- Advertisement -