Lupakan Erling Haaland

0 15

Manchester United sering dilaporkan menjadi salah satu kelab besar di Liga Perdana Inggeris yang akan aktif bagi perpindahan akan datang. Kelab yang berpangkalan di Old Trafford ini telah digosipkan dengan pelbagai pemain bagi memperkuatkan skuad utama mereka. Posisi penyerang adalah posisi yang hangat diperkatakan pada ketika ini.

Pada masa ini, masih belum jelas mengenai masa depan Edinson Cavani. Di samping itu, ketidakkonsistenan Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood telah memberikan keinginan kepada United untuk membawa pemain baru sebagai penyerang utama mereka. Namun, United hanya mempunyai dana yang cukup untuk satu pemain dengan kos yang tinggi, selebihnya, United perlu melepaskan pemain sedia ada bagi menampung dana baru.

Menurut laporan dari The Athletic, pengurusan Man United tidak berminat untuk mengembalikan kisah perpindahan ketika berusan dengan Borussia Dortmund. Erling Haaland adalah salah seorang pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke United. Penyerang Norway itu juga telah dikaitkan dengan pelbagai kelab besar di Eropah.

The Red Devils masih kesal dengan apa yang berlaku ketika mereka ingin mendapatkan Jadon Sancho. Dortmund menegaskan bahawa mereka tidak akan menurunkan nilai perpindahan untuk Sancho. Namun, Man United terus berusaha menjalani rundingan sehingga menemui jalan buntu. Ini menjadikan Sancho terus berada di Jerman sepanjang musim 2020/21.

Harry Kane (Tottenham Hotspur) adalah salah satu alternatif yang dipertimbangkan oleh pengurusan MU. Tetapi mereka juga memahami bahawa Tottenham tidak mahu melepaskan penyerang utama mereka, yang masih mempunyai tiga tahun kontraknya. Namun segalanya mungkin boleh berlaku sekiranya Spurs gagal layak ke sebarang kejohanan eropah pada musim hadapan.