Luke Shaw dan Jose Mourinho tidak sebulu

0 188

Anda tidak boleh mengelak daripada pandangan papa Jose mengenai Euro 2020 kali ini. Dia kini telah aktif bersama dengan pihak media dan akhbar bagi mengulas mengenai bola sepak sempena Euro 2020.

Jose telah bercakap kepada Talksport pada baru-baru ini yang dia sangat tidak suka dengan sikap bekas pemain pasukannya iaitu Luke Shaw.

Kedua-dua mereka ini sering bertengkar dan tidak bersependapat semasa di Old Trafford dan kejayaan Shaw ketika di bawah bimbingan Ole telah menyebabkan dia dengan berani mengkritik Jose pada sidang medianya yang lepas sewaktu United menewaskan Spurs.

Jose dalam temubual tersebut menyatakan dia tidak akan memilih Luke Shaw untuk pertahanan kiri England pada Euro 2020. Dia lebih gemar dengan permainan Ben Chilwell iaitu permain pertahanan kiri Chelsea.

Mourinho berkata, ‘Saya merasakan Shaw seorang pemain yang baik tetapi jika dilihat dari segi emosi dan profesionalnya seseorang itu, Saya lebih kepada Chilwell.”

Shaw dikatakan akan menjadi pemain utama dalam kesebelasan England pada Euro 2020 kali ini.

Walau bagaimanapun, Mourinho memuji prestasi Shaw pada musim ini namum Mourinho masih tidak gemar dengan sikap Shaw dengan apa yang berlaku pada sebelum ini.

Shaw telah dicalonkan sebagai pemain terbaik United pada musim ini kerana telah mencipta assist yang tinggi dalam kariernya sepanjang musim dia bersama United.

Pada era Jose bersama United, Jose ada suatu ketika ingin menjual Shaw dan menggantikannya dengan Danny Rose. Tetapi itu merupakan perkara yang lebih memalukan selepas Rose juga tidak sebulu dengan Jose semasa Jose mengendali pasukan SPur pada musim ini.

Kali terakhir Jose dan Shaw bersemuka bersama adalah ketika United menewaskan Spurs 3-1 di Old Trafford dan Solskjaer telah memuji persembahan Shaw dan mengakui peningkatan prestasinya pada musim ini.