Luke Shaw berterima kasih kepada Solskjaer

0

Pemain lagenda Arsenal, Ian Wright ada menyuarakan pendapat di mana Luke Shaw pasti terhutang budi kepada pengurus United Ole Gunnar Solskjaer. Solskjaer berjaya mencungkil kembali persembahan terbaik Luke Shaw pada musim ini. Semenjak kehadiran Luke Shaw ke United pada tahun 2014, karier Luke Shaw dilihat sekadar memberangsangkan. Kecederaan yang sering dialaminya adalah antara faktor utama dia gagal bermain dengan baik pada permualaan kaerienye bersama United.

Namun segalanya nampak berlaianan selepas kehadiran Solskjaer. Dia berjaya mempamerkan persembahan yang baik. Dia berjaya melakukan tugas sebagai seorang pertahanan dan membantu bahagian serangan ketika United menyerang. Luke Shaw pasti berterima kasih kepada Solskjaer kerana memberikan kepercayaan kepada dirinya. ‘Solskjaer layak menerima kredit selepas perubahan persembahan yang dipamerkan oleh Luke Shaw.’ Kata Ian Wright kepada Sky Sports.

Ian Wright juga berpendapat, pengurus United yang lepas, Jose Mourinho gagal untuk memberi sokongan kepada Luke Shaw. Luke Shaw sering dikritik hebat oleh Jose kerana berat badannya dan juga persembahan yang tidak bagus. ‘Kita pernah lihat, Luke Shaw merupakan pemain pertahanan yang bagus ketika bermain dengan pasukan Southampton. Namun kehadirannya ke United, tidak bernasib baik kerana dia sering mengalami kecederaan. Dia juga sering mendapat kritikan hebat ketika Jose Mourinho menjadi pengurus United. Kritikan-kritikan itu boleh mengakibatkan seseorang pemain itu berada di dalam tekanan apabila dia bermain untuk pasukan.’

Sejak kehadiran Solskjaer, Shaw kini Shaw yang kita ingin kita lihat. Dia semakin percaya dengan kebolehan dan kualiti yang dia ada. ‘Saya gembira melihat dia kini bermain dengan baik dan tempat dia sebagai pertahanan kiri United sukar di gugat. Dia kerap membuat larian membantu bahagian serangan United. Selain itu, Dia juga dapat bertahan dengan baik sebagai seorang pemain pertahanan. Kita dapat lihat Luke Shaw kini berada pada kemuncak kariernya sejak bersama United.’

- Advertisement -