Luke Shaw adalah pemain yang mempunyai fizikal terkuat dalam pasukan England

0

Pemain pertahanan kiri Manchester United Luke Shaw merupakan pemain yang paling mempunyai fizikal yang kuat dikalangan para pemain England menurut rakan sepasukannya Reece James.

Pemain pertahanan Chelsea itu telah menjawab komen ketika ditemubual dalam siaran ‘FA’s Lion’s Den’ di Youtube channel.

James ketika soal jawab dalam siaran tersebut disoal mengenai siapakan pemain yang mempunyai kekuatan fizikal yang bagus dalam ujian. Dia telah memberi respon jawapan Luke Shaw.

Dia menjawab,”Luke Shaw seorang yang berfizikal kuat. Sudah tentu kita ada Mings dan Maguire tetapi tetapi gelaran bagi Luke adalah ‘beast’.”

“Jika saya bermain dengan seorang pemain yang mempunyai fizikal yang mantap dan kuat sudah tentu dia adalah orangnya.”

Shaw telah berada dalam kesebelasan utama England ketika seri 0-0 dengan Scotland pada perlawanan baru ini.

Itu adalah kejohanan pertamanya sejak Piala Dunia 2014 ketika menentang Costa Rica di mana England hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Shaw dikatakan akan menjadi pilihan untuk mengekalkan posisi sebagai pertahanan kiri ketika perlawanan menentang Czech Republik nanti. Namun Pengurus England, Gareth Southgate merupakan seseorang yang tidak diduga perancangannya.

Pasti akan ada perrubahan taktikal di mana bahagian serangan England masih lagi gagal beroperasi dengan begitu baik sekali pada kejohanan kali ini. Di jangkakan England akan menurunkan Rashford, Sancho dan Grealish untuk perlawanan seterusnya.

Jika Shaw terpilih dalam kesebelasan tersebut, ia akan memberi peluang kepada gandingan Rashford dan Shaw di bahagian kiri seperti mana yang dipamerkan ketika bersama United.

Harry Maguire juga sudah berjaya kembali selepas berjaya dalam ujian kecergasan baru-baru ini.

- Advertisement -