Lukaku tolak pinangan Manchester City demi United

0

Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku,dikatakan akan menolak tawaran yang dikemukakan oleh kelab Liga Perdana Inggeris Manchester City untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini.

Mengikut pada laporan sebelum ini,Manchester City bertekad untuk mengejar tandatangan Lukaku bagi menggantikan Sergio Aguero, yang kontraknya akan berakhir pada bulan Jun.

Dengan dibekalkan dana sekitar £200 juta pada musim panas depan, City siap menandatangani bekas penyerang Manchester United itu.

Namun, hasrat Manchester City untuk membawa Lukaku ke Stadium Etihad nampaknya mungkin tidak menjadi kenyataan kerana penyerang Belgium itu tidak mempunyai keinginan untuk kembali ke Liga Perdana inggeris.

Mengikut laporan dari The Express Sport, Lukaku tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan Inter dalam waktu terdekat. Lukaku sendiri masih mengikat kontrak dengan Nerazzurri sehingga 2023.

Minat Manchester City terhadap Lukaku sangat wajar jika anda melihat ketajaman yang amat luar biasa yang ditunjukkan oleh penyerang berusia 27 tahun itu dengan Inter dalam dua musim terakhir.

Dalam laporan sama,Penolakan Lukaku terhadap City disebabkan pemain ini tidak mahu mengkhianati bekas pasukannya Manchester United.

Selama dua musim sebagai peneraju pasukan The Red Devils,Lukaku telah mencatat 42 gol dalam 96 penampilan di semua pertandingan.

- Advertisement -