Berita Terkini

Lisandro Martínez semakin hampir

Lisandro-Martínez-semakin-hampir

Laungan ‘Here We Go’ berkumandang lagi. Perpindahan Lisandro Martínez menjadi kenyataan apabila perjanjian antara Ajax dan Manchester United akhirnya termeterai dengan pakej yang dikatakan menelan belanja hingga ke €55 juta.

Lisandro akan menandatangani kontrak yang menyaksikan beliau bermain untuk United hingga 2027. Rundingan selesai – perbincangan di Amsterdam pada Rabu lepas adalah kunci kepada kejayaan dan Ten Hag merupakan faktor utama Lisandro mahukan perpindahan ke Old Trafford direalisasikan.

Lain-Lain Artikel