Berita Terkini

Lisandro Martinez dan Christian Eriksen tidak sertai jelajah United

Lisandro-Martinez-dan-Christian-Eriksen-tidak-sertai-jelajah-United

Lisandro Martinez dan Christian Eriksen tidak akan sertai jelajah pra musim Manchester United di Australia menentang Crystal Palace.

Pengurus United, Erik Ten Hag mengesahkan bahawa duo bintang baharu kelab, Lisandro Martinez dan Christian Eriksen, tidak akan mengambil bahagian dalam siri jelajah pramusim kelab itu di Australia.

“Malangnya kami tidak dapat membawa mereka ke sini dalam jelajah, kerana pada masa mereka tiba di sini kami akan terbang pulang. Jadi itu tidak masuk akal.

“Kami tidak sabar untuk melibatkan mereka dalam skuad kami dan peminat juga tidak sabar. Setiap tahun ia adalah sama bagi setiap jurulatih: anda mahu skuad anda lengkap secepat mungkin. Tetapi juga peminat menantikan pemain baharu dan menanti skuad lengkap dan apa yang mereka boleh sumbangkan dan mereka mahukan pengenalan diri.”

Manchester United akan menentang Crystal Palace di Melbourne Cricket Ground petang esok jam 6.10 petang waktu Malaysia.

Lain-Lain Artikel