Lingard tolak tawaran kontrak baru kerana tidak ada jaminan mengenai minit permainan

0

3B68F8A2-B4EC-4586-AB32-9E8B2978B5F4Rancangan Manchester United untuk memperpanjangkan kontrak Jesse Lingard tidak berjalan lancar kerana pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan menolak tawaran pertama The Red Devils baru-baru ini.

Lingard merupakan pemain akademi Manchester United.Sejak berada bersama pasukan utama United prestasi pemain itu agak naik dan turun sehingga musim lalu dia dipinjamkan ke West Ham selama setengah musim.

Bersama dengan The Hammers,Lingard berjaya menunjukkan persembahan terbaiknya dan kini Persembahan terbaiknya berterusan di Manchester United pada musim 2021/22.

Oleh disebabkan itulah pihak Pengurusan United merancang untuk melanjutkan kontraknya yang akan berakhir pada tahun 2022.Namun, The Athletic mendakwa bahawa Lingard telah menolak tawaran pertama United.

Menurut laporan itu, Ole Gunnar Solskjaer sangat terdesak untuk Lingard kekal dalam pasukannya.

Dia menganggap pemain kebangsaan England itu boleh menjadi watak penting buat pasukannya meskipun pemain ini hanya beraksi  dari bangku simpanan.

Solskjaer juga meminta pihak pengurusan United untuk melakukan segala yang mungkin untuk mengekalkan Lingard dalam pasukan mereka.

Dalam laporan yang sama Manchester United telah melepaskan tawaran awal mereka untuk Lingard. Tetapi draf kontrak itu ditolak oleh pemain.

Sebab penolakan Lingard bukanlah nilai kontrak. Tetapi kerana tidak ada jaminan untuk minit bermainnya dengan Red Devils.

Lingard enggan hanya menjadi pemain simpanan di Manchester United, sementara Solskjaer tidak dapat menjamin dia akan beraksi secara teratur. Oleh itu, Lingard menolak tawaran itu.

- Advertisement -