Lingard , Sterling dan Rice akan menjadi teras utama kepada kebangkitan Newcastle

0

Rio Ferdinand percaya pemilik baru Newcastle United harus mendapatkan bakat pemain muda England untuk perpindahan pada Januari tahun hadapan. Ferdinand yang merupakan bekas pemain West Ham, Leeds dan Manchester United telah bercakap di youtube baru-baru ini berkenaan calon-calon pemain yang harus mereka dapatkan.

‘Jika saya adalah sebahagian daripada mereka, saya akan mendapatkan beberapa pemain yang akan memberikan impak yang segara kepada pasukan tersebut. Khidmat pemain-pemain ini pasti akan dilepaskan oleh kelab masing-masing. Usaha tersebut pasti akan menjadi mudah.’

‘Saya akan mendapatkan Raheem Sterling. Dia kini tidak bermain terlalu kerap dalam kesebelasan utama pasukan Man City pada musim ini. Seterusnya saya akan mendapatkan Delan Rice. 2 pemain ini akan menjadi senarai utama bagi perpindahan Januari nanti. Jika berjaya, kemudian saya akan mendapatkan Jesse Lingard. Lingard di United hanya memanaskan bangku simpanan. Namun jika dia diberi minit permainan yang lebih baik, dia pasti akan lebih menyinar.’

‘Pasti peminat akan pelik dengan situasi ini, mengapa tidak mendapatkan pemain ternama seperti Kylian Mbappe, Erling Haaland? Namun pemain-pemain bintang pasti akan memikirkan keadaan kelab pada ketika ini. Jadi penyelesaian yang saya boleh cadangkan adalah dengan mendapatkan bakat-bakat pemain muda. Pemain-pemain muda England sangat berkualiti.’

‘Anda boleh lihat pemain seperti Max Aarons dan Conor Gallagher. Terus dapatkan mereka. Mereka ini telah bermain dengan baik bersama pasukan England bawah 21 tahun. Saya mahukan pemain-pemain England muda ini mendapat minit permainan dan mendapat pengalaman berharga bermain bersama dalam satu pasukan.’

‘Newcastle merupakan sebuah kelab English dan pemain-pemain muda ini pasti akan menjadi tulang belakang kepada pasukan Newcastle pada masa depan. Pasukan England kini berada di kedudukan 5 teratas dunia pada ketika ini. Dengan pendekatan yang saya cadangkan ini pasti akan memberikan impak yang baik kepada pasukan England kelak.’

- Advertisement -