Lingard kelihatan gembira bersama United pada ketika ini disamping sokongan Solskjaer dan Bruno. Namun West Ham masih berminat untuk mendapatkan Lingard.

0

Pada minggu ini, beberapa ejen West Ham telah cuma memikat Jesse Lingard untuk kembali menyertai West Ham pada minggu terakhir perpindahan ini.

Jurulatih pasukan utama pasukan West Ham, Stuart Pearce telah berkata kepada Talksport secara umum, yang West Ham berminat untuk mendapatkan semula khidmat Lingard. Tidak ketinggalan juga Darren Randolph yang juga penjaga gol simpanan mereka telah menggesa Lingard untuk menyertai West Ham menerusi laman sosialnya.

Tetapi, mereka semua tida sepatutnya menilai Jesse Lingard seperti di hargai di United. Pengurus pasukan United, Ole Gunnar Solskjaer pernah memberitahu sebelum ini, yang Lingard akan memainkan peranan penting pada musim ini jika dia terus kekal bersama United.

Rakan sepasukan Bruno Fernandes juga memberikan reaksi yang Lingard harus dihargai. Selepas memberi sambutan yang positif kepada Lingard pada setelah menyertai latihan bersama pasukan United awal minggu ini, pemain Portugal itu telah muat naik 1 mesej dan mendedikasikan kepada rakan sepasukannya itu.

Lingard merupakan pemain yang penting di belakang tabir pasukan United. Baru-baru ini, dia telah bergambar dengan pemain akademik baru yang menyertai latihan bersama pasukan utama United, D’Mani Mellor.

Pemain berusia 28 tahun ini telah ada meluangkan masa bergembira dengan Jadon Sancho.

Lingard telah berterima kasih kepada Bruno Fernandes di ruangan komen media sosial mengenai mesej yang BRuno telah sampaikan. Kedua-dua pemain sentiasa bersaing untuk merebut tempat bagi posisi perancang tengah United. Namun Bruno merupakan pilihan utama bagi Solskjaer pada musim lepas sehingga menyebabkan Lingard terpaksa dipinjamkan ke West Ham.

Namun pada musim ini, Solskjaer berharap ada ruang dan peluang bagi Lingard untuk membuktikan sesuatu kepada pasukan United. Lingard pasti diperlukan untuk memberi Bruno masa untuk berehat dalam perlawanan-perlawanan tertentu bagi mengekalkan kecergasan dan mengelakkan daripada ditimpa kecederaan.

- Advertisement -