Lingard kecewa dan mahu bangkit semula

0

Jesse Lingard telah menghantar mesej yang menceritakan rasa sakit dirinya dengan apa yang berlaku ketika United tewas kepada Young Boys baru-baru ini. Lingard menjadi punca kekalahan selepas dia menolak bola ke belakang ke ara De Gea namun dapat di cantas oleh pemain tuan rumah lalu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 95. Lingard kecewa dengan menjadi punca kepada kekalahan tersebut.

‘Malam tadi ia satu kekalahan yang menyakitkan. Setiap kali saya memakai jersi United, saya berharap peminat memahami maksudnya. Saya sentiasa ingin melakukan perkara yang terbaik untuk United, terutama untuk para peminat. Saya kecewa dengan kekalahan ini kerana berpunca dari kesilapan saya. Saya tidak mahu kalah dalam sebarang perlawanan tetapi kesilapan boleh berlaku dalam bola sepak dan kami harus bangkit bersama. Kami ambil akan pikul tanggungjawab ini dan saya tidak sabar untuk menunggu hari Ahad ini.’

United akan berhadapan dengan West Ham pada Ahad ini di mana ia merupakan kelab yang Lingard di pinjamkan pada musim lepas. Dia pasti mengharap mendapat peluang untuk bermain dalam perlawanan tersebut kerana ingin memperbaiki kesilapan yang telah dia lakukan.

- Advertisement -