Lingard hanya menjadi penonton

Dia berada dalam senarai pemain 'standby' bagi pasukan England untuk Piala Eropah kelak.

0 51

Pengurus pasukan England, Gareth Southgate telah memberitahu Jesse Lingard akan berada dalam kesebelasan utama England ketika menentang Austria pada hari Rabu ini walaupun dia terkeluar daripada senarai pemain untuk kejohanan Piala Eropah.

‘Jesse telah melakukan dengan baik sejak dia kembali bermain pada bulan Januari lepas. Bulan Mac lepas dia telah mempamerkan aksi yang baik dengan pasukan England. Pada ketika itu kami kehilangan beberapa tonggak utama dalam pasukan. Peluang itu dipergunakan dengan baik olehnya.’

‘Dia telah bermain dengan sangat cemerlang dengan pasukan West Ham dan England. Kami sangat mempercayai dengan kebolehan yang dia miliki.’

‘Dia boleh dipercayai apabila diberi tugas dan dia kini berada dikalangan pemain-pemain yang bagus. Dia akan bermain dalam perlawanan menentang Austria kerana Jadon Sancho demam. Selain itu, beberapa pemain juga tidak boleh bermain dalam berlawanan tersebut maka Jesse adalah pilihan yang kami ada.’

‘Dia berhak menerima peluang untuk bermain dan mempamerkan persembahan yang bagus kepada saya. Ia sekaligus dapat membuktikan saya silap membuat pilihan pemain. Mereka semua ini akan berada dalam senarai pemain standby dan perlu bersedia apabila dipanggil menyertai pasukan.’