Lindelof seorang gamer?

Macam-macam cara para pemain mengisi masa lapang mereka di hotel.

0

Victor Lindelof hadir ke Euro 2020 dengan membawa beg ‘Call of Duty’. Lindelof telah menempah khas namanya pada bag miliknya ketika pasukannya Sweden turun daripada bas.

Dia telah memuat naik status di media sosial dengan tulisan, “Keperluan utama apabila meninggalkan rumah.”

Kejohanan bola sepak seperti Euro ini akan melibatkan emosi pemain yang akan berjauhan dengan keluarga untuk jangka masa yang panjang. Mereka akan menginap dengan rakan-rakan sepasukan sahaja bagi mengekalkan keharmonian dan fokus pasukan.

Bermain main video game di hotel adalah satu cara di mana mereka meluangkan waktu bersama. Pasukan Sweden pada edisi kali ini turun tanpa penyerang veteren, Zlatan Ibrahimovic, dimana dia yang telah mengumumkan persaraan dalam mewakili pasukan Sweden.

Pasukan Sweden akan bertemu dengan pasukan Sepanyol pada perlawanan pembukaan kumpulan E. Lindelof akan bersemuka dengan David De Gea.

Selepas itu, Sweden akan bertemu dengan pasukan Slovakia dan juga Poland. Pada perlawanan menentang Poland, Lindelof akan diuji dengan kehandalan penyerang utama Bayern Munich, Robert Lewandowski yang merupakan penjaring terbanyak Liga Bundes.

Patutlah dia cuba menghilangkan kerisauan tersebut dengan bermain Call of Duty.

- Advertisement -