Lindelof sangat berbeza ketika bermain untuk Sweden

0

Victor Lindelof telah memulakan kempen pertama Euro 2020 dengan kejayaan menjadi pemain terbaik perlawanan ketika Sweden menentang Sepanyol awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Sweden itu berjaya menghadapi serangan dan tekanan daripada pasukan Sepanyol di Sevilla dengan mengekalkan rekod ‘clean sheet’.

Bercakap ketika siaran BBC, bekas pertahanan United, Rio Ferdinand berkata yang Lindelof sangat berbeza ketika dia bermain bersama Sweden.

Dia percaya Lindelof merupakan ketua di bahagian pertahanan pasukan Sweden dan dia dilihat begitu serasi dan selesa dengan permainan di peringkat antarabangsa.

Apabila pengacara Gary Lineker bertanyakan kepada Ferdinand mengenai persembahan Lindelof,’Dia sangat selesa ketika bermain di peringkat antarabangsa dan bermain dengan sangat baik.’

‘Dalam Liga Perdana Inggeris, tempoh permainan sangat laju dan anda perlukan bentuk fizikal yang kuat. Tetapi apabila anda bermain ketika peringkat antarabangsa anda lebih memikirkan situasi untuk bertahan.’

‘Ia sekaligus sesuai dengan cara permainan yang dia pamerkan. Dia merupakan seseorang yang suka membaca gerakan dan menutup ruang pemain lawan. Dalam pasukan Sweden, dialah watak utama di bahagian pertahanan.’

‘Dia memikul tugas dan dia memang layak kerana dia sangat sesuai. Apabila dia bermain untuk Sweden dia mempamerkan aksi yang sangat berbeza dengan ketika dia bermain untuk United.’

Ferdinand juga menambah, kadang-kala Lindelof sering terperangkap dengan kelajuan dan fizikal pemain lawan untuk tempo liga inggeris.

Tetapi pada awal pagi tadi, dia hanya bermain di kawasan kotak penalti mereka sendiri dan tiada ruang untuk pasukan lawan pecah masuk ke kubu pertahanan mereka.

Linderlof merupakan pemain senior dan seorang ‘leader’ ketika di peringkat antarabangsa. Tetapi di United, Harry Maguire yang mengambil alih tugas tersebut.

Khabar berita pasukan kali ini dijangka akan pulang awal dan rombakan besar-besaran bakal berlaku kemungkinan akan terhenti seketika. Keputusan seri dengan Sepanyol membolehkan mereka mengintai peluang mengutip 3 mata untuk perlawanan seterusnya. Lindelof sangat memainkan peranan untuk pasukan Sweden.

- Advertisement -