Lindelof resah kelibat Robert Lewandowski

0

Victor Lindelof merupakan pemain pertahanan terbaik di kejohanan Euro 2020 selepas melengkapkan 2 perlawanan sebelum ini.

Lindelof telah membantu Sweden mengekalkan rekod ‘cleen sheet’ ketika menentang pasukan Sepanyol dan Slovakia.

Seterus, mereka akan berhadapan dengan Poland dan juga penyerang berbisanya yang bermain untuk Bayern Munich Robert Lewandowski.

Lwandoski telah menjaringkan gol ketika menentang Sepanyol selepas dia telah mempamerkan aksi memukau pada saingan Liga Bundes dengan 41 gol dalam 29 perlawanan.

Pada tahun 2021 sahaja dia telah menjaringkan 30 gol untuk semua kejohanan dia sertai.

Dalam sidang media, Linderlof telah ditanya berkenaan dengan Lewandowski bagi persediaan pasukan Sweden menentag Poland.

Pemain pertahanan United ini memberitahu pihak media,”Jika anda alpa untuk satu detik saat, dia akan jaringkan gol. Dia sangat bijak menghidu peluang dan mencari ruang untuk menjaringkan gol. Dia sangat aktif membuat gerakan di dalam padang. Ia sangat penting untuk anda sentiasa berdisiplin dan fokus ketika bertahan.”

Lindelof ditanya lagi berkenaan Lewandowski. Adakah dia seorang pemain nombor 9 terbaik ketika ini. Lindelof membalas,”Saya lebih gemar untuk meletakkan dia berada pada kedudukan tersebut. Dia layak berada dalam senarai pemain nombor 9 terbaik ketika ini. Sukar untuk meilih siapakan pemain tunggal tersebut kerana Karim Benzema juga seorang yang pemain layak.”

Dalam pada itu, Lewandowski pula ada disoal mengenai perpindahan dia ke United pada tahun 2012.

“Saya telah berbincang dengan Sir Alex Ferguson. Dia memerlukan saya di Man United.”

Pada ketika itu, Dortmund tidak mahu menjualnya kepada United. Ia kelihata seperti situasi Jadon Sancho hehe. Kemudian United beralih arah untuk mendapatkan khidmat Robin van Persie.

Sekarang usianya sudah menjagkau 32 tahun dan dia tidak mempunyai masa yang banyak. Mustahil untuk United akan mendapatkan khidmat pemain ini semula jika Bayern cuba mendapatkan khidmat Erling Haaland pada 2 musim lagi.

- Advertisement -