Lihatlah perbandingan Bruno dan Martial

0 6

Martial telah dikritik hebat selepas United tewas 2-1 di gelanggang sendiri awal pagi tadi. Martial dilihat masih lagi bergelut untuk mendapatkan semula permainan sebenarnya pada musim ini.

Tiada seorang pun pemain United yang mempamerkan kualiti sebenar mereka. Rio Ferdinand telah melabelkn Martial seorang yang pemalas.

‘Martial telah diberi peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama pada hari ini. Sepatutnya dia harus mempamerkan mengapa dia layak bermain sebagai pemain utama selepas berada dibangku simpanan ketika United menewaskan Liverpool.’

‘Apabila dia hilang kawalan bola di dalam kotak penalti lawan, Martial dilihat berdiri seperti tiada sebarang keinginan untuk mendapatkan kembali bola berkenaan. Pemain lawan telah melakukan larian terus ke kawasan United. Mujur Fernandes  berlari mengekori dan berjaya melakukan bentesan untuk mendapatkan bola berkenaan.’

Di laman sosial, video berkenaan telah dimuat naik dan Martial jelas menerima kritikan hebat di atas sikapnya itu.

Ada beberapa komen memberitahu diantaranya, ‘Sukar bagi Fernandes membuat hantaran bola yang berkualiti jika anda mempunyai penyerang yang yang hanya berdiri dan tidak membuat gerakan.’

United dilihat akan mengharungi perlawan mencabar pada Ahad ini kerana akan bertandang ke Arsenal. Walaupun Arsenal bukanlah pasukan yang bersaing untuk kejuraan liga, tetapi United telah tewas sekali di Old Trafford dan tidak mungkin United mahu ditewaskan sekali lagi.

Peminat pasti mengharapkan Edinaon Cavani kembali dalam kesebelasan utama United sekaligus membolehkan Martial berada dibangku simpanan.

- Advertisement -