Liga Perdana Inggeris musim 2021/2022 : Perlawanan ke 5

Liga Perdana Inggeris musim 2021/2022 : Perlawanan ke 5

0

De Gea menjadi wira penyelamat buat Manchester United bagi memastikan United pulang ke Manchester dengan 3 mata penuh setelah berjaya menafikan sepakan penalti minit akhir dari pemain legenda West Ham, Mark Noble pada minit ke 95 perlawanan.

Cristiano Ronaldo pada usia 36 tahun meneruskan prestasi hebatnya dengan menjaringkan gol penyamaan buat United, setelah West Ham mendahului pada minit ke 30 hasil jaringan Benrahma.

Sebelum itu, Manchester United telah mendahului West Ham menerusi jaringan padu dari Jesse Lingard pada minit ke 89, yang mana ianya dilihat sebagai jaringan kemenangan buat United. Bagaimanapun, West Ham telah dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke 94 setelah pengadil menyaksikan ulang tayang rakaman VAR yang mana bola telah terkena tangan Luke Shaw dalam kotak penalti.

Pasukan West Ham United kendalian bekas pengurus Manchester United, David Moyes, akhirnya tewas buat kali pertama pada musim ini setelah beraksi cemerlang dalam 4 perlawanan sebelum ini.

EPL2021-2022 WEEK5

Kemenangan Manchester United di kota London tersebut telah berjaya memastikan United berada di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris dengan memperolehi 13 mata setakat ini, dengan dua lagi pasukan iaitu Chelsea dan Liverpool turut memperolehi 13 mata setelah mengharungi 5 perlawanan.

Chelsea membenam Spurs 3-0 di Stadium Tottenham Hotspurs, manakala Liverpool turut menang 3-0 ke atas Crystal Palace di Anfield.

Manchester City terpaksa berpuas hati setelah seri 0-0 dengan Southampton di Etihad.

0_GettyImages-1341280571

Manakala Brighton pula meneruskan rentetan aksi cemerlang mereka pada musim ini setelah mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Leicester City; yang mana mereka kini menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Norwich City kekal di tangga terbawah Liga Perdana Inggeris setelah gagal memperolehi sebarang mata setakat 5 perlawanan liga setakat ini, dengan kekalahan terbaru kepada Watford.

Manchester United bakal menanti kunjungan Aston Villa dalam perlawanan ke 6 Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.

- Advertisement -